Membersihkan kerak atau sisa susu pada botol susu kadang-kadang cukup rumit apatah lagi botol tersebut tidak dibasuh dalam jangka masa yang panjang. Terdapat banyak pencuci sabun khas untuk botol susu namun ada kaedah yang lagi mudah dan semula jadi yang perlu setiap ibu bapa mencubanya.

Seorang ibu yang juga merupakan pengguna Facebook, Fitriah Azman atau lebih mesra disapa sebagai Kak El telah berkongsi cara yang cukup mudah untuk menanggalkan kerak susu pada botol susu iaitu dengan hanya menggunakan garam, beras dan air panas. Mari lihat bagaimana kaedah ini berkesan untuk membersihkan botol susu tersebut.

Bahan-bahan:

  • Garam kasar
  • Beras
  • Air panas

Cara-cara:

Masukkan beras dan air panas ke dalam botol. Tutup botol dengan penutup dan goncang botol tersebut. Anda akan lihat kerak tertanggal sedikit demi sedikit. Goncang botol sehingga semua kerak tertanggal. Akhir sekali, bilas dengan air bersih.

Ulang langkah yang sama dengan menggunakan garam pula.

Untuk membersihkan puting botol pula, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting dan geserkan permukaan puting tersebut dengan beras. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Beginilah keadaan botol susu sebelum dan selepas dibasuh dengan menggunakan garam dan beras.

Ternyata cara ini cukup mudah dan berkesan. 

Kerak susu pada puting botol juga tertanggal dengan cara ini. 

Menurut Kak El, untuk mempercepatkan lagi proses pembersihan botol, gunakan berus botol susu. Dia juga berkata bahawa tiada salahnya jika basuh botol susu dengan menggunakan pencuci sabun. Apa yang penting ialah kita perlu membilas botol tersebut dengan bersih supaya anak tidak mudah sakit perut. Marilah cuba kaedah ini!

Sumber: Facebook | Fitriah Azman 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular