Kami pasti tiada siapa yang boleh menyangkal pernyataan bahawa keluarga sememangnya satu anugerah yang sangat tidak terhingga kepada sesiapapun.

Kebanyakan daripada kita mempunyai kenangan yang bahagia dan menyenangkan bersama keluarga. Misalnya, saat anak-anak yang berasa gembira dan teruja apabila ibu beransur sihat, rasa seronok apabila saudara-mara merancang untuk datang ke rumah kita dan lain-lain detik lagi.

Oleh sebab itulah, menerusi entri ini kami ingin berkongsi detik-detik bahagia berkaitan tema kekeluargaan yang sempat ditangkap dan dikongsikan di internet. Dengan melihat gambar-gambar ini sahaja sudah boleh membuatkan kita tersenyum tanpa disedari!

#1 “Menjadi seorang ayah pada hari ini. Terasa begitu gembira sekarang.”

WooooaaaaMaaaaannnnn / imgur

#2 “Datuk saya pada hari lahirnya yang ke-103 bersama dengan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun. Gambar ini begitu berharga pada saya.”

Howells2202 / reddit

#3 “Abang saya baru pulang dari mengembara di negara yang jauh dan kami memakai pemakaian yang sama. Misteri!”

youFlog / imgur

#4 “Nenek saya mahu saya memuat naik gambar ini di internet supaya semua orang di Itali dapat melihat saiz tomatonya yang sangat besar.”

3than6 / reddit

#5 “Nenek saya yang hebat ini mencecah umur 100 tahun pada hari ini. “

Lansman 27 / reddit

#6 Lihat sahajalah rasa bangga yang terpancar di wajah si ibu. Pelajar perempuan ini mendapat sijil kecemerlangan di sekolahnya.

gabrieln_j 22 / reddit

#7 “Memasak bersendirian tanpa henti, sepanjang hari. Terima kasih, ibu.”

Jicaar / reddit

#8 Lima generasi dalam satu gambar

hootersbutwithcats / reddit

#9 “Dia sudah berbulan-bulan tidak bertemu dengan ibunya, jadi dia membuat kejutan kepada ibunya.”

etymologynerd / reddit

#10 “Nenek saya berumur 93 tahun dan kehilangan ingatan tetapi dia masih boleh menguli doh ravioli seperti seorang pakar.”

HoneyNutz / reddit

#11 “Tiada siapa yang pernah begitu teruja seperti anak perempuan saya ketika pertama kali melihat lampu-lampu Krismas.”

maceymcr95 / reddit

#12 Kanak-kanak ini menyedari bahawa bapanya yang sepatutnya berada di Nepal telah masuk ke rumah mereka ketika mereka sedang melakukan panggilan video.

unknownauthor / imgur

#13 “Ayah saya memegang cucu pertamanya…”

ohbear64 / reddit

#14 “Bapa saya menjadi Santa di kedai tempatan. Kami sangat terkejut apabila bertemu dengannya!”

MichaelDerp / reddit

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular