Anda mungkin tertanya-tanya, bagaimana agaknya kalau dapat membaca minda orang lain? Ada orang menggunakan gerak hati mereka namun ‘membaca’ seseorang seperti sebuah buku melalui pergerakan tubuh badan adalah satu kaedah untuk mengenali peribadi seseorang.

Berikut ialah 13 taktik psikologi yang membantu anda mengenali peribadi orang lain dengan lebih mudah.

1. Menggosok dagu

Jika anda melihat seseorang menggosok dagu, itu menunjukkan mereka sedang membuat keputusan. Mungkin mereka akan menoleh ke arah kanan, kiri, atas, bawah atau ke mana-mana sahaja bahkan mereka sendiri tidak pasti apa yang mereka lihat kerana mereka sedang memikir sesuatu dengan begitu mendalam.

2. Bersilang lengan

Bersilang lengan adalah isyarat yang paling popular. Biasanya apabila seseorang berasa jengkel disebabkan sesuatu, dia akan menunjukkan isyarat ini. Isyarat ini jelas menunjukkan bahawa seseorang tidak merasa senang dengan sesuatu.

3. Bermain kasut 

Bersilang kaki adalah isyarat paling menarik bagi seseorang wanita. Jika anda melihat wanita yang duduk sambil bermain kasut, itu bermaksud dia sedang cuba menarik perhatian anda terhadap kakinya. Isyarat ini menunjukkan bahawa seorang wanita itu tenang dan santai. Bagi lelaki, anda seharusnya faham ini adalah isyarat ‘lampu hijau’ buat anda.

4. Berpura-pura membuang rambut yang melekat pada pakaian

Isyarat ini menunjukkan seseorang itu tidak bersetuju dengan sesuatu perkara tetapi dia tidak mahu mengatakannya. Dalam erti kata lain, mereka tidak menunjukkan pendapat mereka secara jelas tetapi yang pastinya mereka tidak bersetuju dengan sesuatu.

5. Membetulkan tali leher

Isyarat ini bergantung kepada situasi. Jika seorang lelaki membetulkan tali leher berdekatan dengan seorang wanita yang cantik, itu mungkin bermaksud lelaki itu suka pada wanita tersebut.

Pada situasi yang lain, isyarat ini menunjukkan seseorang tidak berasa selesa. Mungkin dia berbohong dan mahu pergi dari situ secepat mungkin.

6. Bersandar ke belakang

Jika seseorang bersandar ke belakang (pada kerusi), itu menunjukkan mereka sudah bosan dengan sesebuah perbualan. Mungkin mereka berasa tidak selesa dengan kehadiran seseorang.

7. Bersandar ke hadapan

Apabila orang suka pada seseorang dan mahu berhubung dengan mereka, orang itu biasanya akan menunjukkan isyarat minat dengan bersandar ke hadapan.

8. Menutup mata

Jika seseorang bercakap dengan anda sambil menutup matanya, anda harus faham bahawa dia cuba berselindung daripada perkara sebenar. Dia bukannya takut pada anda tetapi sebenarnya dia sudah bosan dengan anda. Dia juga berharap anda pergi daripada pandangannya.

9. Menggosok tangan

Dipercayai isyarat menggosok kedua-dua belah tangan bermaksud seseorang itu mempunyai perasaan yang positif terhadap sesuatu perkara. Biasanya mereka akan melakukan isyarat ini apabila memikirkan tentang faedah yang akan diperoleh pada masa hadapan.

10. Jabat tangan “glove”

Isyarat ini menunjukkan bahawa seseorang mahu menunjukkan kepada anda bahawa dia boleh dipercayai.

11. Jabat tangan dengan telapak tangan menghadap ke atas

Isyarat ini menunjukkan seseorang itu menyatakan perasaan simpati atas sesuatu perkara. Namun jika sudah lama berjabat tangan dan hanya selepas itu orang tersebut meletakkan tangannya di atas tangan anda, itu menunjukkan dia mahu memberitahu anda bahawa dia bertanggungjawab atas perkara tersebut.

12. Jabat tangan dengan telapak tangan menghadap ke bawah

Isyarat ini menunjukkan seseorang itu bersedia untuk membantu.

13. Gigit ‘kaki’ cermin mata

Jika anda melihat seseorang menggigit ‘kaki’ cermin mata seperti ini, itu bermaksud dia bimbang akan sesuatu perkara dan sedang memikirkannya dengan mendalam sekali.

Kesimpulannya, setiap pergerakan tubuh badan seseorang membawa maksud tertentu. Oleh itu, anda harus peka dengan keadaan sekeliling terutama apabila anda berhadapan dengan seseorang.

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular