Tiada topi keledar? Tiada masalah. Gunakan apa sahaja yang ada di dapur anda!

Inilah yang dilakukan oleh seorang pembonceng motosikal di Singapura apabila dia telah bertindak kreatif dan menggunakan periuk nasi aluminium untuk melindungi kepalanya!

Kredit: ROADS.sg/Facebook

Gambar ini mula menular sejak 12 Februari lalu setelah dimuat naik oleh sebuah laman Facebook dikenali sebagai Roads.sg. Akaun berkenaan tidak memberikan butiran yang lebih terperinci mengenai gambar tersebut selain daripada menyatakan kapsyen:

“Ternampak periuk kepala di atas jalan raya.”

Setelah gambar tersebut menular, majoriti netizen meluahkan rasa terhibur masing-masing tentang penggunaan periuk nasi sebagai pelindung kepala jika ketiadaan topi keledar.

Ada yang membuat lawak jenaka mengenainya dan ada juga segelintir netizen yang mempertahankan tindakan pembonceng itu dan beranggapan ianya mungkin satu insiden yang terpaksa dilakukan.

Gambar hiasan

Kredit: Bangkok Post

“Mungkin kepalanya terlalu besar selepas makan banyak ketika Tahun Baharu Cina? Sebab itu topi keledarnya tidak muat,” komen seorang netizen.

“Mungkin ia tidak disengajakan… Kadangkala topi keledar dicuri dan apa yang pembonceng malang ini perlu lakukan?” komen netizen lain.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular