Sedutan teaser treler Frozen 2 kini sudah dimuat naik ke YouTube oleh Walt Disney Animation Studios pada 13 Februari lalu. Rata-rata ramai yang memuji, teruja serta tidak sabar menunggu filem tersebut ditayangkan di pawagam.

Frozen 2 akan mula ditayangkan di pawagam pada 22 November tahun ini di Amerika Syarikat. Frozen 2 diarahkan oleh pasukan sama terdiri daripada Jennifer Lee dan Chris Buck yang merupakan pengarah asal Frozen.

Teaser treler berdurasi 1:59 minit itu memaparkan aksi mendebarkan apabila karakter popular dalam filem tersebut, Elsa cuba menggunakan kuasanya sambil berlari dan bertarung dengan ombak besar sebelum tenggelam.

Walt Disney Animation Studios|YouTube

Sekual kedua filem ini dijangka mengisahkan perjalanan Anna, Elsa dan Olaf memasuki hutan demi mencari kebenaran di sebalik misteri di negaranya.

Walt Disney Animation Studios|YouTube

Ketiga-tiga watak tersebut bakal menempuhi perubahan cuaca dan menariknya ianya kelihatan memfokuskan bentuk filem aksi dengan animasi yang sangat berbeza dengan filem pertama sebelum ini.

Walt Disney Animation Studios|YouTube

Frozen 2 juga mungkin akan mendedahkan sejarah kuasa yang dimiliki oleh Elsa. Kemungkinan Frozen 2 akan mendedahan bagaimana Elsa memiliki kuasa tersebut telah membuatkan ramai orang sangat teruja yang rata-rata tidak sabar untuk menunggu sekuel filem ini.

Walt Disney Animation Studios|YouTube

Berikut adalah sedutan teaser treler Frozen 2:

Sumber: Walt Disney Animation Studios|YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular