Baek-il adalah upacara tradisional yang dilakukan oleh masyarakat Korea untuk menyambut kelahiran bayi yang ke-100 hari.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter bernama @LorraineYe telah mengongsikan gambar sambutan baek-il anak saudaranya dan ianya terus menular serta menjadi berita sensasi!

Twitter @LorraineYe

Ketika ditemubual oleh SAYS, Lorraine Ye yang berusia 25 tahun menjelaskan, “Ia adalah sambutan tentang kehidupan! Dalam 100 hari pertama, pelbagai perkara akan berlaku seperti bayi jatuh sakit, keadaan suhu badan yang tidak menentu dan kurang selesa”.

Menurut Lorraine lagi, antara perkara wajib yang menjadi sebahagian daripada sambutan tersebut adalah memakaikan bayi itu pakaian tradisional Korea iaitu hanbok, menghidangkan kek beras dan mendoakan agar bayi berkenaan panjang umur serta murah rezeki.

Twitter @LorraineYe

Apa yang membuatkan gambar ini menjadi tular adalah gambar bayi bernama Elliot itu yang kelihatan seperti seorang maharaja kecil dan comel!

Netizen yang turut terhibur dengan gambar ini telah memberikan pelbagai reaksi menarik mengenainya…

Twitter @LorraineYe

“Dia sangat comel! Tahniah kepada anak saudara anda kerana menjadi raja dunia!”, kata seorang wartawan iaitu Jae-Ha Kim.

Twitter @LorraineYe

Malah, ada juga netizen yang menghasilkan watak bayi berkenaan dalam bentuk karikatur sekali gus menjadikan ianya lebih melucukan!

Twitter @Jayy

Lorraine turut terkejut dan tidak menyangka perkongsian gambar tersebut boleh menular dengan begitu hebat.

“Ianya adalah sambutan kecil-kecilan dan dihadiri sekitar 17 ke 18 orang ahli keluarga. Tetapi kami gembira”.

Populariti Elliot yang memuncak semenjak gambar itu menular membuatkan ibu bapa Elliot mencipta akaun Instagram khas untuk bayi comel itu di atas dorongan orang ramai terutamanya golongan netizen.

Twitter @LorraineYe

Apa-apa pun, semoga Maharaja Elliot akan terus hidup makmur dan memerintah ‘dunia media sosial’ ini dengan adil…

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI Ria

Video Popular