Atlet para Negara, Mohamad Ridzuan Puzi telah dinobatkan sebagai Atlet Para Lelaki Terbaik Asia pada 6 Februari yang lalu.

Asian Paralimpic Comittee

Ridzuan Puzi atau turut dikenali sebagai Dik Wan telah menerima anugerah tersebut di acara yang gilang-gemilang yang diadakan di Dubai dan anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden Majlis Paralimpik Emeriyah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed.

Majlis Sukan Negara

Majlis Sukan Negara

Kredit: Majlis Sukan Negara

Ridzuan Puzi sebelum ini telah mengharumkan nama Negara di pentas sukan Para Asian 2018 dengan merangkul pingat emas, malah larian juaranya turut berjaya memecah rekod dunia milik atlet Rusia sebelum ini.

Aysha Ridzuan/Twitter

Ridzuan Puzi juga telah melakar sejarah apabila berjaya mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Sumber: Majlis Sukan Negara/FacebookAysha Ridzuan/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular