Musim sejuk kali ini sangat sejuk sehingga semua penghuni di dalam rumah terpaksa mencari tempat yang lebih hangat termasuk haiwan peliharaan. Seorang netizen di Jepun mempunyai lima ekor kucing dan rumahnya sedang mengalami masalah kerosakan sistem pemanas sehingga terpaksa memakai mesin pemanas elektrik yang biasa. Oleh kerana suhu sangat sejuk, mesin pemanas elektrik sentiasa dihidupkan.

Pada satu pagi ketika bangun tidur, dia melihat kesemua kucingnya telah hilang. Ke mana mereka semua telah pergi? Rupa-rupanya mereka berada di ruang tamu dan dia tersenyum sendiri melihat gelagat lima ekor kucing sedang duduk dengan rapat dan erat di hadapan mesin pemanas elektrik.

kibimomo/Instagram

Netizen bernama panggilan kibimomo tergelak sendiri melihat lima ekor kucingnya duduk rapat seperti berpelukan satu sama lain di hadapan mesin pemanas elektrik untuk mendapatkan rasa hangat maksima.

kibimomo/Instagram

Melihat muka rasa sejuk tidak bersalah yang amat comel ini akan membuat anda berasa geli hati. Bijak betul semua kucing ini. 

kibimomo/Instagram

Semua orang terasa amat sejuk termasuk kami. Jika duduk rapat-rapat begini sambil merasa angin panas itu baru terasa lebih hangat.

kibimomo/Instagram

Sebenarnya, kucing-kucing ini sudah lama mengetahui fungsi mesin pemanas elektrik ini dan kegunaannya. Dengan kebijaksaan yang ada, mereka telah memanfaatkan kegunaannya itu secara maksima.

kibimomo/Instagram

Tidak perlu terlalu rapat, keselamatan diutamakan. Topi keselamatan itu terlalu comel!

kibimomo/Instagram

Kawaii! Comel sungguh!

kibimomo/Instagram

Kami berasa sangat sejuk!

kibimomo/Instagram

Tidak lama lagi tuan kami kena menukar mesin pemanas elektrik yang lebih besar. Tetapi kami tetap mahu duduk dengan rapat-rapat begini.

kibimomo/Instagram

Kecomelan kucing-kucing ini untuk mendapatkan rasa hangat akan mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

kibimomo/Instagram

Sumber : kibimomo/Instagram , Looker Ideas

Maybe you're interested :

Share

Video Popular