Sebut sahaja kek pasti sudah terbayang di ruang mata akan kecantikan hiasan serta keenakan rasanya yang manis lebih-lebih lagi kek lapis buah-buahan. Memang tidak dinafikan harga kek lapis buah-buahan agak mahal di pasaran namun tahukah anda, ada resipi yang mudah serta tidak memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membuatnya?

Ayuh, usah buang masa lagi, ambil pen dan kertas untuk menyalin resipi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 150 gram tepung rendah gluten
  • 4 biji telur
  • 90 gram susu
  • 30 gram gula halus
  • 280 gram air masak sejuk
  • 250 gram whipped cream
  • Buah-buahan yang telah dihiris seperti mangga, strawberi atau apa-apa sahaja buah kegemaran anda.

Cara-caranya ialah:

1. Masukkan tepung, telur, susu, gula dan air ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.

2. Dengan perlahan, kacau lagi adunan tersebut hingga hilang buih.

3. Letakkan sedikit minyak ke dalam kuali anti lekat.

4. Masukkan adunan ke dalam kuali dengan saiz nipis seperti lempeng.

5. Masak lempeng tersebut selama 2 minit.

6. Selepas lempeng habis di masak, letakkan lempeng tersebut di atas kertas kek atau bungkus di dalam plastik dan letakkan di dalam peti sejuk.

7. Sediakan buah-buahan yang akan digunakan sebagai lapisan kek.

8. Pukul whipped cream sehingga kembang dan gebu.

9. Selepas lempeng mengeras, potong mengikut bentuk bekas yang akan digunakan.

10. Letakkan lempeng, whipped cream dan buah-buahan secara berselang-seli.

11. Letakkan buah-buahan di lapisan paling atas sebelum anda menyimpannya di dalam peti sejuk.

Kek lapis buah mangga yang sangat mengujakan!

12. Simpan di dalam peti sejuk selama setengah hari supaya kek tersebut mengeras dengan cantiknya.

13. Apabila kek telah mengeras, bolehlah di makan pada bila-bila sahaja yang anda mahukan.

Bagaimana? Mudah bukan resipi ini. Jangan lupa untuk mencubanya ya!

Sumber: COCO

Maybe you're interested :

Share

Video Popular