Bahagian dapur merupakan ‘jantung’ kepada sesebuah rumah kerana ia merupakan ruang terpenting, di mana ia membolehkan kita sebagai penghuni memasak untuk seisi keluarga. Sudah tentulah semua orang mahukan dapur mereka berada dalam keadaan yang kemas dan bersih bukan?

Mana tidaknya, pasti banyak bekas-bekas kecil yang digunakan untuk meletakkan rempah ratus, garam, serbuk lada, kunyit dan sebagainya.

Selalunya kita lihat susun atur atau dekorasi dapur mempunyai sebuah rak yang mampu menempatkan bekas-bekas kecil berkenaan agar tidak diletakkan merata-rata, nanti sukar pula untuk mencarinya.

Jadi, kami akan kongsikan kepada anda cara-cara untuk membuat rak rempah sendiri yang jauh lebih murah berbanding dengan membeli di kedai-kedai perkakasan dapur yang biasa.

Perkongsian ini dibuat oleh pengguna Facebook, Hani Mynis, di mana dia membeli rak rempah di kedai barangan Eco yang hanya berharga RM2-4 (jika ada promosi).

Baiklah, barang yang diperlukan untuk pemasangan rak berkenaan ialah:

  • Rak ‘cooling’
  • Playar
  • Kabel pengikat
  • Penyembur cat jenis ‘lacquer’ – jika mahu mengubah warnanya

Langkah-langkah:

1. Gunakan playar untuk meratakan tiga segi berkenaan

2. Ukur dan tanda di tempat yang mahu dilipat

3. Kemudian lipat gunakan playar

4. Lipat lagi sehingga ia menjadi bentuk ‘U’

5. Ikat dengan kabel pengikat di hujung bagi mengelakkan bekas/botol terjatuh

6. Siap!

Sumber: Hani Mynis/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds