Lazimnya, apabila kita jatuh sakit, kita cenderung untuk mengambil ubat farmasi yang mudah didapati seperti paracetamol. Walau bagaimanapun, mungkin anda masih belum maklum bahawa ubat-ubatan sebegini sememangnya berbahaya untuk haiwan.

999 Malaysia/Twitter

Menerusi satu kiriman tweet dari akaun @999Malaysia, tular apabila pengguna tersebut menulis bahawa ubat jenis paracetamol yang terkenal, Panadol adalah ubat yang mampu membahayakan kesihatan haiwan.

999 Malaysia/Twitter

Selain itu, tweet tersebut juga turut melampirkan beberapa keping gambar kucing yang mempunyai bengkak yang teruk dan pucat, gusi yang kebiruan, yang didakwa merupakan beberapa kesan sampingan daripada keracunan paracetamol kepada kucing.

999 Malaysia/Twitter

Menurut Kerajaan Negeri Victoria, Australia, ubat seperti paracetamol, aspirin, ibuprofen, dan ubat-ubatan yang lazim digunakan untuk manusia adalah beracun untuk kucing.

999 Malaysia/Twitter

Kucing secara khasnya amat sensitif terhadap paracetamol, dan dos 50 hingga 100 miligram setiap kg sudah boleh dianggap sebagai toksik kepada mereka. Satu biji pil boleh menjadi toksik kepada kucing, tetapi pil kedua yang ditelan 24 jam kemudian boleh membunuh kucing berkenaan.

Jika kucing mengalami keracunan paracetamol, gejala berikut boleh dikesan;

  • Gusi kebiru-biruan
  • Kesukaran bernafas
  • Darah dalam air kencing
  • Bengkak Jaundice di muka dan atau di tangan serta kaki

999 Malaysia/Twitter

Walaupun ramai yang bersetuju dengan pernyataan yang dinyatakan oleh pengguna Twitter berkenaan, namun masih terdapat beberapa netizen yang mempunyai pandangan lain terhadap pernyataan ini, dengan mendakwa bahawa mereka telah memberikan kucing kesayangan mereka ubat ini dan tidak mengalami apa-apa masalah.

999 Malaysia/Twitter

Walau bagaimanapun, terdapat pengguna Twitter yang lain yang cuba menasihatinya berdasarkan pengalamannya yang berkhidmat di klinik haiwan. Menurutnya, walaupun hanya sedikit dos yang diberikan kepada kucing, namun ubat itu sudah cukup untuk meracuni kucing berkenaan.

999 Malaysia/Twitter

Perkhidmatan Maklumat Racun Veterinar United Kingdom juga menyenaraikan paracetamol sebagai salah satu racun yang paling lazim dan berbahaya untuk kucing, kerana hanya sejumlah dos yang kecil sudah cukup untuk membunuh kucing.

Sumber: World of Buzz, 999 Malaysia/TwitterPerkhidmatan Maklumat Racun Veterinar United Kingdom

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular