“Saya sangat malu dan sedih selepas dimaklumkan anak makan sisa makanan dari tong sampah di sekolah”.Inilah luahan hati si ibu yang juga merupakan seorang mualaf, Mardinah Dabe Martin, 35 tahun.

Ketika ditemui di rumah sewanya yang terletak di Perumahan Taman Rakyat Jaya, Dungun, Mardinah terus meluahkan kesempitan wang menjadi punca mereka sekeluarga hidup menderita sehingga memaksa anak-anaknya terpaksa makan sisa dari tong sampah.

Harian Metro

Kata Mardinah lagi, dia langsung tidak mempunyai duit untuk menampung perbelanjaan sekolah dua orang anaknya iaitu Nur Farah Insyirah, 12 tahun dan Muhammad Farish Irsyad Nor Sukaimi, 10 tahun. Bagaimanapun, kedua-dua anaknya itu mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sejak Januari lalu.

Selepas kisah anak-anaknya menjadi tular, Mardinah terpaksa mendedahkan kesukaran hidup yang dia dan empat anaknya lalui setelah diceraikan suami tiga bulan lalu.

The Express Viral

“Perasaan saya ketika itu bercampur baur. Ibu mana yang tidak sedih dan sebak apabila melihat keadaan anak selain rasa malu kerana tidak dapat menyediakan keperluan mereka secukupnya sehingga mereka bertindak sedemikian”.

Tambahnya lagi, “Muhammad Farish Irfaezd, 7 dan Muhammad Farish Irdyad, 6 menghidap penyakit hiperaktif dan saya tidak boleh meninggalkan mereka untuk bekerja. Hanya mereka yang mempunyai anak seperti saya faham betapa sukarnya menjaga mereka”.

Mardinah turut menceritakan bahawa dia berasal dari Ranau, Sabah dan telah memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan bekas suaminya sekitar 14 tahun yang lalu.

The Express Viral

Bagaimanapun, Mardinah melahirkan rasa syukur kerana dikelilingi oleh jiran tetangga yang baik hati dan memahami kesukaran hidupnya.

“Setiap hari saya menangis mengenangkan kesusahan hidup yang dihadapi namun pelbagai pihak termasuk jiran, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan agensi kerajaan iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang membantu sejak kisah kami tersebar”.

The Express Viral

Pada masa yang sama, pengerusi Kelab Motosikal Freedom Rider iaitu Mohd Sabri Talib dan dua lagi NGO lain, Pertubuhan Karyawan Terengganu dan Kelab Triton Kemaman turut bergabung untuk menghulurkan sumbangan. Antaranya seperti peti ais, mesin basuh, rak buku, tilam, bantal, selimut, meja belajar, makanan dan sebagainya.

Jika anda berminat untuk membantu keluarga ini, anda boleh salurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun bank CIMB 7049534798.

Sumber: Harian Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular