Ada orang yang berkata, membeli kereta itu memang mudah, tetapi untuk menjaga dan menyelenggara sebuah kereta itu dengan baik bukan satu perkara yang mudah.

Percayakah anda di Amerika Syarikat terdapat sebuah kenderaan pikap jenama Toyota yang telah dipandu sejauh 1 juta batu atau 1.6 juta kilometer dalam masa 9 tahun dan keadaan kenderaan pikap ini masih berada dalam keadaan yang baik tanpa apa-apa kerosakan?

Carscoops

Victor Sheppard yang berasal dari Virginia, Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa jenama Toyota sememangnya satu jenama kereta yang tahan lasak dan boleh dipercayai. Victor telah memandu kenderaan pikap Toyota Tundra keluaran tahun 2007 sejauh 1.6 juta kilometer dalam jangka masa hanya 9 tahun. Oleh kerana Victor telah berjaya membuktikan yang kenderaan Toyota itu satu jenama yang tahan lasak, pihak Toyota dengan berbesar hati telah menghadiahkannya dengan sebuah Toyota Tundra yang baru.

Truck Trend

Walaupun Victor sering menggunakan pikap Toyota Tundra ini dengan kerap dan lasak, Victor akan memastikan yang yang kenderaan ini sentiasa diselenggarakan menurut spesifikasi yang telah ditentukan oleh pengilang, dengan konsisten menjalani pemeriksaan dan servis kenderaan yang telah ditetapkan.

Truck Trend

Sepanjang tempoh 9 tahun itu, Victor Sheppard telah menjalani 117 kali servis rutin di pusat servis Toyota dan hanya menggantikan peralatan pakai lusuh atau ‘wear and tear’. Tiada pembaikan yang besar pernah dilakukan dengan enjin dan transmisinya masih berada dalam keadaan baik. Malah cat pada badan kenderaan pikap ini masih berada dalam keadaan yang baik dan tidak berubah langsung.

Truck Trend

Model pikap Toyota Tundra keluaran 2007 yang dibeli oleh Victor Sheppard merupakan model pertama yang dipasang di kilang Toyota di San Antonio, Texas. Sepanjang memiliki Toyota Tundra ini, Victor telah berulang-alik dari Virginia ke Dakota Utara dengan purata perjalanan sekitar 178 ribu kilometer dalam setahun.

Truck Trend

Victor Sheppard sentiasa menjadi peminat setia kenderaan jenama Toyota, dan pikap Tundra ini merupakan kereta yang ke-15 miliknya dari jenama Toyota. Melihat kepada odometer dengan perjalanan 1 juta batu, kita akan berasa bagai tidak percaya bagaimana Victor boleh menjaga pikapnya ini dengan baik.

Truck Trend

Victor begitu mempercayai jenama Toyota sambil berkata secara bergurau, “Sekiranya anda melihat kereta Toyota tersadai rosak di tepi jalan, saya rasa anda jangan mempercayainya, kerana ia mungkin satu penipuan. Kereta Toyota jarang sekali akan mengalami kerosakan.”

Carscoops

Toyota Amerika Syarikat berasa ingin tahu bagaimana Victor Sheppard mampu menjaga kenderaan pikap Toyota Tundra ini dengan baik, lalu mereka dengan berbesar telah membuat keputusan untuk menghadiahkan Victor dengan sebuah Toyota Tundra yang baru secara percuma.

Truck Trend

Sebagai ganti, mereka akan mengambil semula pikap Toyota Tundra Victor yang lama untuk dijadikan bahan kajian. Mike Sweer dari jabatan teknikal Toyota Amerika Syarikat berkata, pasukan teknikal mereka akan meleraikan kenderaan pikap tahan lasak ini dan akan melakukan penilaian serta pemeriksaan berkaitan kualiti dan tahap keselamatan yang telah dipasang pada Toyota Tundra, untuk dijadikan sebagai panduan bagi penghasilan kenderaan Toyota yang lebih baik pada masa hadapan.

Carscoops

Victor Sheppard tidak menyangka akan menerima hadiah percuma Toyota Tundra baru, menjadikan milikan kenderaan jenama Toyotanya yang ke-16, hanya kerana dia telah menjaga pikap Toyota Tundra yang bertuah itu dengan baik dan cermat.

Sumber : Carscoops , Truck Trend , Cocomy

Maybe you're interested :

Share

Video Popular