Sudah menjadi lumrah bagi ibu untuk berkorban apa sahaja asalkan anak-anak berada dalam keadaan selamat. Sebagai ibu, mereka akan sedaya upaya melindungi anak-anaknya daripada sebarang bahaya.

Oleh kerana itulah, kasih ibu terhadap anak adalah tidak ternilai sama sekali bahkan sebanyak mana pun wang diberi, tidak akan sama nilainya.

Bahkan, realiti pada hari ini pula menunjukkan bahawa haiwan lebih menyayangi anak sendiri berbanding dengan sesetengah manusia.

Di saat manusia membuang dan membunuh anak yang dikandung sendiri tanpa sekelumit rasa sayang sekalipun, terdapat haiwan seperti kucing yang begitu sedih dengan pemergian anaknya.

Ini dapat dibuktikan dengan perkongsian video pendek oleh pengguna di laman sosial Twitter yang menggunakan nama akaun Chunga, telah pun tular.

Video berkenaan difahamkan dimuat naik pada pertengahan tahun lepas menunjukkan seekor ibu kucing sedang ‘menanam’ anaknya yang telah dibunuh oleh manusia.

Chunga juga sempat berkongsi beberapa keping gambar ketika saat-saat terakhir ibu berkenaan dengan anaknya sebelum ditanam.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan bahawa ibu kucing berkenaan sedang menguis tanah bagi menimbus anaknya yang telah pun diletakkan di dalam lubang, dipercayai telah digali oleh tuannya.

Chunga turut mengambil kesempatan untuk memberi peringatan kepada orang ramai agar bersikap lebih positif dan berperikemanusiaan, selain memupuk rasa kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan.

Mana-mana haiwan yang datang untuk berteduh dan meminta makanan tidak perlu dilayan dengan buruk kerana mereka merupakan makhluk yang tidak dikurniakan akal fikiran yang waras seperti manusia.

Kita seharusnya membantu dan bukannya menghalau atau membunuh mereka. Berikut merupakan detik-detik pilu ketika ibu kucing tersebut menanam anaknya:

Sumber: Chunga/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular