Biasanya para perokok yang membuang puntung rokok merata-rata di tempat awam sama ada di atas lantai atau dari kenderaan yang sedang bergerak jarang akan dikenakan tindakan, tetapi kini perbuatan itu boleh menyebabkan anda terpaksa membayar denda.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah disaman kerana telah membuang puntung rokok dari tingkap keretanya.

Menurut laporan China Press, seorang perokok lelaki telah ditangkap melakukan kesalahan membuang puntung rokok secara merata-rata pada minggu lalu di Kota Tinggi, Johor. Satu rakaman telah menunjukkan lelaki ini sedang merokok di dalam keretanya dan kemudian membuang puntung rokok itu keluar dari tingkap kereta.

Coventry Telegraph / Gambar Hiasan

Berdasarkan rakaman video dengan aksinya melakukan kesalahan itu, pihak penguatkuasa Majlis Daerah Kota Tinggi telah menjejaki lelaki ini berdasarkan nombor plat keretanya yang telah didapati dalam rakaman itu.

Menurut peruntukan dalam undang-undang kecil majlis tempatan daerah, lelaki ini telah diberikan saman atas kesalahan membuang puntung rokok merata-rata, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500. Jurucakap jabatan penguatkuasaan daerah Kota Tinggi berkata orang awam telah memainkan peranan yang penting sehingga pihak mereka telah berjaya menjejaki lelaki ini dan beliau berterima kasih kepada orang awam yang telah memberikan kerjasama.

Sinar Harian/ Gambar Hiasan

Tambahnya, pada masa hadapan, orang awam boleh membuat aduan dan melaporkan kes kesalahan vandalisme, merokok di tempat larangan atau membuang sampah merata-rata kepada pihak berkuasa tempatan dengan menyertakan gambar atau rakaman video si pelaku, bersama maklumat tarikh dan masa insiden kesalahan yang telah dilakukan.

Untuk mengalakkan lebih ramai penyertaan orang awam dalam menangani tabiat buruk dan kesalahan di tempat awam seperti ini, pihak berkuasa tempatan akan memberikan sijil penghargaan dan ganjaran bagi mereka yang telah memberikan kerjasama dan maklumat tentang si pelaku. Dengan identiti si pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Star2/ Gambar Hiasan

Diharap lebih banyak penguatkuasaan seperti ini dijalankan di seluruh negara dalam memastikan tabiat perokok yang suka membuang puntung rokok secara merata-rata akan dapat dibendung.

Sumber : World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular