Tarian ais sentiasa mengagumkan. Tarian ais berbeza daripada figure skating yang mana figure skating melibatkan beberapa aksi seperti melompat, berputar manakala tarian ais pula lebih fokus kepada pergerakan badan dan kaki untuk menari di atas ais. Oleh itu, untuk menjadikan tarian ais itu lebih memukau, setiap penari harus memilih lagu yang bersesuaian untuk persembahan mereka.

Bagi pasangan penari Gabriella Papadakis dan Guillaume Cizeron, mereka telah memilih lagu ‘Perfect’ nyanyian Ed Sheeran. Lagu yang cukup menyentuh hati dan romantis itu kelihatan cukup sempurna untuk persembahan mereka.

Tarian Gabriella dan Guillaume sangat memukau. Mereka bukan sahaja menyampaikan cerita melalui tarian mereka malah turut bermain dengan ekspresi wajah. Anda boleh merasai sendiri emosi lagu tersebut melalui pergerakan tarian mereka.

Gabriella dan Guillaume terkenal dengan rutin tarian ais yang menakjubkan. Pasangan ini diisytiharkan sebagai pemenang pingat perak dalam Olimpik 2018. Mereka juga telah memenangi enam pingat emas pada siri Grand Prix. Gabriella, secara individu telah memenangi Juara Dunia sebanyak tiga kali dan Juara Kebangsaan Perancis sebanyak 5 kali.

Mari lihat persembahan tarian ais dari Gabriella dan Guillaume melalui lagu pilihan mereka ‘Perfect’ dalam video tersebut. Anda pasti akan teruja dengan persembahan mereka.

A & A/Youtube

Sumber: HAPPIESTA & A/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds