Penjenayah hanya memerlukan 7 saat sahaja untuk memilih individu yang berpotensi tinggi untuk menjadi mangsanya. Pada masa tempoh masa ini, mereka akan memberi perhatian kepada cara seseorang berjalan, sama ada menghampiri mereka ataupun tidak. Hal ini kerana bukan semua orang sesuai untuk dijadikan mangsa.

Satu kajian telah dijalankan pada tahun 1980 bagi mengetahui bagaimana seseorang penjenayah itu memilih mangsa mereka. Pakar psikologi dari Amerika Syarikat juga ada merakamkan satu keadaan jalanan di bandar New York dalam tempoh 3 hari.

Hasilnya, rakaman berkenaan mendedahkan bahawa kejadian jenayah lazimnya terjadi pada orang yang asing dan tidak dikenali. Mereka juga meminta penjenayah untuk memberitahu mereka apa ciri-ciri sasaran terbaik mereka dalam skala 1-10.

Mereka sebenarnya berupaya ‘menghidu’ isyarat bukan lisan daripada orang ramai dan memilihnya dengan mudah. Jadi, kami akan kongsikan beberapa aspek yang perlu anda ambil perhatian agar anda tidak menjadi sasaran para penjenayah di luar sana. Malang tidak berbau.  

1. Langkah yang laju

 

Jalan pantas adalah tanda orang yang gementar. Orang sebegini bimbang tentang sesuatu dan tidak peka terhadap orang lain di sekeliling mereka. Oleh itu, mereka boleh menjadi sasaran yang mudah. Jadi, lebih baik berjalan mengikut tempo yang tetap atau berjalan sedikit lebih cepat daripada orang lain dalam aliran pejalan kaki. Tetapi, anda perlu peka, tenang dan sentiasa berwaspada.

2. ‘Stride length’

 

Biasanya orang menjadi lemah apabila mereka cuba berhati-hati. Mereka mungkin mengalami kecederaan atau lepuhan pada kaki mereka. Dalam kes ini, mereka sangat terdedah dan tidak dapat menahan serangan.

3. Berjalan secara ‘Ataxic’

 

Berjalan terhuyung hayang, ke kiri dan ke kanan dan seperti kurang keseimbangan menjadikan anda sasaran penjenayah. Pergerakan pada tangan dan kaki harus seragam dan lancar. Anda perlu melangkah menggunakan tumit dahulu dan kemudian barulah menggerakkan jari kaki anda.

4. Pergerakan lembap

Jika seseorang itu bergerak perlahan, maka ia menandakan bahawa tenaganya pada tahap terendah. Jadi amat mudah untuk penjenayah melakukan jenayah terhadap individu sebegini kerana mereka tidak berupaya untuk melawan.

5. Postur atau pergerakan tubuh yang malas

 

Penjenayah melihat perkara ini seperti satu peluang baik yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Ia menandakan bahawa mangsa berkenaan merupakan individu yang lemah dan malas. Maka, luruskanlah belakang badan dan tegapkan bahu anda bagi menghalang penjenayah mengambil kesempatan.

6. Tangan yang ‘sibuk’

 

Penyeluk saku berkata bahawa wanita yang sibuk melakukan perkara lain dengan tangan mereka merupakan sasaran yang mudah. Jadi, pastikan tangan anda sentiasa di poket sewaktu berjalan kaki agar penjenayah sukar untuk menyeluk saku anda.

7. Kurang ‘eye contact’

Elemen kejutan merupakan kunci kepada para penjenayah. Mangsa yang berpotensi tidak berupaya untuk mengesan penyerang. Jadi, anda dinasihatkan untuk merenung mata orang lain seakan memberi amaran bahawa mereka diperhatikan.

8. Menggunakan fon telinga atau fon kepala

 

Seseorang yang tidak mendengar apa yang berlaku di sekeliling mereka, sedikit sebanyak menggangu mereka untuk memahami realiti. Jadi amat mudah untuk penjenayah menyerang anda daripada belakang. Untuk mengelakkannya, perlahankan bunyi bagi memastikan anda tahu apa yang terjadi di persekitaran.

Menurut penyelidik, penjenayah kebiasaannya takut ditangkap atau mengalami kecederaan. Mereka akan melakukan yang terbaik untuk mengelakkan perhatian dan bunyi bising. Apa yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri kita adalah untuk membuat mereka percaya bahawa kita bukan sasaran mudah dan boleh melawan balik.

Diilustrasikan oleh Marat Nugumanov untuk BrightSide.me

Sumber: Brightside

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds