Jerawat dan jeragat adalah ‘tetamu’ yang tidak diundang baik perempuan mahupun lelaki. Kehadiran jerawat bukan sahaja memberi masalah kepada kulit wajah malah mengurangkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Terdapat lambakan produk rawatan kulit wajah bermasalah di pasaran yang belum tentu terjamin keberkesanannya. Bukan itu sahaja, malah ada juga produk yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM tetapi penjualannya telah tular di mana-mana media sosial dan penjual meraih keuntungan jutaan ringgit!

Bagi anda yang menghadapi masalah jerawat, jeragat dan seumpamanya, ada banyak rawatan secara tradisional yang boleh anda praktikkan untuk menyelesaikan masalah anda itu. Antaranya ialah minum jus timun, sapu wajah dengan menggunakan masker putih telur, letakkan ais pada jerawat dan bermacam-macam lagi.

Selain itu, air mawar juga boleh dijadikan toner untuk merawat kulit bermasalah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nur Arimi Suhada Bakar. Dia telah menyediakan sendiri toner air mawar itu dan menggunakannya sehingga dia mendapat hasil kulit wajah yang sangat menakjubkan!

Cara penyediaan toner air mawar dari Nur Arimi Suhada Bakar ialah:

  • 3 sudu air mawar
  • Suku cawan air mineral atau air tapis
  • Botol semburan

1. Masukkan suku cawan air mineral atau air tapis ke dalam botol semburan dan campurkan dengan 3 sudu air mawar.

2. Goncang botol semburan supaya kandungan air sebati.

3. Sembur terus pada wajah.

Antara manfaat toner air mawar ialah:

  • Mengecutkan jerawat
  • Menaikkan seri wajah
  • Merawat masalah wajah terbakar (sunburn)
  • Sesuai juga digunakan pada rambut (bagi perempuan yang berhijab)
  • Sembur pada wajah ketika anda mengantuk di tempat kerja atau di dalam kelas

Mudah bukan kaedah DIY toner air mawar ini. Tidak sampai 5 minit pun! Apa tunggu lagi, cubalah!

Nur Arimi Suhada/Youtube

Sumber: Facebook | Nur Arimi Suhada Bakar

Maybe you're interested :

Share

Video Popular