Baru-baru ini tular di Twitter, seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun hampir di culik selepas pulang dari sekolah sewaktu menunggu kedatangan ibunya. Arryanna Natasha Binti Hafez Azizi merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati menceritakan kejadian dia hampir diculik kepada ibunya dan kemudian membuat laporan polis.

Menurut laporan polis tersebut, pada 31 Januari  iaitu sekitar 6.50 petang, Arryanna sedang menunggu ibunya di pintu pagar belakang sekolah selepas sesi persekolahan berakhir.

Tiba-tiba, seorang lelaki Melayu yang memakai baju t-shirt berwarna terang, berseluar panjang dan memakai topi berwarna hitam datang ke arah Arryanna. Lelaki tersebut memberitahu Arryanna bahawa dia disuruh oleh ibu Arryanna untuk menjemputnya pulang.

Busana

Arryanna walau bagaimanapun berasa pelik dengan kata-kata lelaki itu lantas bertanyakan siapakah nama ibunya kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut tidak menjawab tetapi terus memegang beg yang digalas Arryanna dan menyuruh Arryanna untuk mengikutnya pulang ke rumah seperti mana yang disuruh oleh ibunya.

Sekali lagi Arryanna enggan menurut ajakan tersebut dan bertanyakan soalan yang sama kepada lelaki itu, siapakah nama ibumya. Lelaki itu memandang ke arah Arryanna kemudian terus melepaskan beg galas dan beredar dari tempat itu.

Pada jam 7.10 malam, ibu Arryanna tiba di sekolah untuk menjemputnya. Arryanna terus mencerita kejadian tersebut. Ibu Arryanna juga telah menghubungi pihak sekolah untuk memaklumkan perkara itu dan pihak sekolah menasihatkan mereka agar membuat laporan polis.

Menurut Arryanna, tujuan utama dia membuat laporan polis tersebut ialah kerana bimbang akan keselamatan dirinya pada masa akan datang. Selain itu, Arryanna juga berharap agar pihak sekolah mempertingkatkan kawalan keselamatan terutamanya bagi pelajar sewaktu pulang dari sekolah.

Susulan daripada kejadian itu, ibu bapa diingatkan agar mendidik anak-anak tentang bagaimana berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali atau ketika berhadapan dengan situasi berbahaya.

Sumber: TWITTER | NAA

Maybe you're interested :

Share

Video Popular