Ada banyak perkara tidak ternilai di dalam kehidupan ini yang mana pada suatu hari apabila ia sudah hilang, kita tidak akan mendapatnya kembali. Perasaan kanak-kanak yang naif dan ketika mereka masih tidak mengerti apa-apa adalah salah satunya.

Satu gambar telah diambil yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak di satu perkampungan di India mengambil swafoto dan ia menjadi tular. Aksi mereka ketika mengambil swafoto sudah pasti akan menyentuh hati anda.

boman_irani/Instagram

Apa yang menarik, swafoto itu tidak pun diambil melalui telefon pintar, sebaliknya melalui sebelah selipar. Lima orang kanak-kanak ini tahu apa itu makna swafoto dan telefon pintar, dan mereka juga tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama tergolong dalam generasi ‘selfie’ terkini.

Sumber asal gambar ini dirakamkan tidak diketahui, tetapi aksi comel lima orang kanak-kanak ini ketika merakamkan wajah gembira mereka sewaktu mengambil swafoto amat tidak ternilai harganya dan mencairkan hati ramai netizen di media sosial.

boman_irani/Instagram

Seorang budak lelaki dalam kumpulan kanak-kanak itu mengarahkan mereka bersedia mengambil swafoto dengan memandang ke arah sebelah selipar berwarna hijau dan mereka berpura-pura melihatnya seperti kamera telefon pintar sebenar. Apa yang amat menyentuh hati ialah senyuman ikhlas dan asli mereka ketika memandang selipar itu.

Aktor Bollywood, Boman Irani berkongsi gambar ini di dalam akaun Instagramnya dengan kapsyen, “Anda hanya akan gembira apabila anda memilih untuk gembira.”

boman_irani/Instagram

Jika anda melihat dengan teliti gambar ini, hanya terdapat seorang budak lelaki berbaju belang merah jambu yang memakai selipar, dan dia telah berbesar hati meminjamkan sebelah selipar pada kaki kanannya untuk dijadikan ‘telefon pintar’ untuk mengambil ‘swafoto’.

Tidak kira sudah berapa banyak gambar swafoto yang anda telah ambil, tetapi ia mungkin tidak akan dapat menandingi senyuman dan kegembiraan asli lima orang kanak-kanak dalam gambar ‘swafoto’ ini. Bergembiralah dan sentiasa bersyukur dengan apa juga kurniaan yang sedang dibentangkan untuk anda!

Sumber : The New Indian Express, Sinchew Daily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds