Studio Disney telah menayangkan trailer rasmi filem ‘Aladdin’ versi terbaru buat pertama kali yang mendedahkan watak utama Aladdin, Puteri Jasmine, Jafar dan ‘Genie’ atau Jin Aladdin.

Trailer ‘Aladdin’ versi hidup adaptasi dari filem animasi klasik yang berdurasi satu minit itu menampilkan aktor Hollywood tersohor, Will Smith sebagai ‘Genie’ atau Jin Aladdin. Tayangan trailer buat pertama kali telah dipertontonkan ketika malam Anugerah Grammy yang berlangsung pada 10 Februari.

Walt Disney Studios/YouTube / Oriental Daily

Filem Aladdin versi baru menarik perhatian ramai yang rata-rata mempersoalkan rupa Will Smith sebagai Genie yang ikonik dengan tubuhnya yang diselaputi warna biru ungu secara menyeluruh dalam bentuk versi CGI. Reaksi para penonton dan netizen bercampur baur dengan ada yang memberi komen warna biru Genie itu sebagai menakutkan dan ada pula yang membezakan Will Smith dengan aktor Robin William dari filem versi lama.

Pada bahagian akhir trailer ‘Aladdin’ tersebut, Aladdin telah mengusapkan lampu ajaib dan Genie telah dibebaskan lalu berkata, “Kamu benar-benar tidak tahu siapa saya?”

Walt Disney Studios/YouTube / Oriental Daily

Trailer singkat ini turut memperkenalkan rupa watak jahat terkenal, Jafar lakonan Marwen Kenzari. Watak Puteri Jasmine yang dilakonkan oleh aktres Naomi Scott, manakala watak Aladdin dilakonkan oleh pendatang baru, Mena Massoud.

Turut ditampilkan dalam trailer tersebut ialah Kota Agrabah dan gua Genie, monyet Aladdin bernama Abu serta suasana padang pasir seperti dalam filem animasi versi lama Aladdin.

Walt Disney Studios/YouTube

‘Aladdin’ adalah projek terbaru daripada pengarah Guy Ritchie yang merupakan salah satu filem yang dinanti-nantikan tayangannya pada tahun 2019. Filem animasi klasik Disney ‘Aladdin’ sebelum ini telah diterbitkan pada tahun 1992 dengan kutipan box office lebih RM2 bilion di seluruh dunia.

Walt Disney Studios/YouTube / Oriental Daily

Tayangan perdana ‘Aladdin’ versi baru akan menemui peminat di seluruh dunia bermula 24 Mei 2019.

Lihat trailer filem Aladdin di bawah.

Walt Disney Studios/YouTube

Sumber : Insider, Oriental Daily

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds