Majlis perkahwinan lazimnya menyajikan pelbagai hidangan istimewa yang hanya pada majlis seumpamanya sahaja, seperti menu nasi minyak. Tanpanya, maka sesebuah majlis itu seperti ada yang kurang.

Nasi minyak ini bukan sahaja disukai oleh rata-rata daripada tetamu yang datang daripada pelbagai latar belakang dan bangsa, malahan ia turut disukai oleh haiwan juga. Siapa sangka ia turut menjadi santapan istimewa oleh seekor lembu!

Baru-baru ini, telah tular satu video berdurasi 40 saat, telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Shahrul Azwan, menunjukkan seekor lembu yang begitu menikmati makanannya berupa nasi minyak. Video berkenaan kemudiannya mendapat 11,000 retweet dan 6,000 like. Berikut merupakan rakamannya:

Netizen pula kebanyakannya terhibur dengan gelagat lembut berkenaan. Mungkin lembu itu sudah biasa menikmati nasi minyak jika ada majlis perkahwinan, bukan?

Sikap terbuka tuan rumah juga harus diberi pujian kerana tidak mudah melatah dan menghalau lembu tersebut. Gelagat lembut tersebut juga mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter.

Ada yang terhibur dan berasakan lembu itu comel

Ada pula yang mempersoalkan lembu itu sedang memakan daging kawannya

Ada juga yang musykil sama ada jemputan salah dihantar?

Ternyata lembu pun rajin datang ke kenduri kahwin… sementara kita ini ada yang malas!

Kredit dan sumber:ย  Shahrul Azwan

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds