Bunga-bunga segar sememangnya mampu menghidupkan suasana, tetapi tiada siapa boleh menafikan bahawa penggunaan bungaan segar memerlukan kos yang tinggi dan tidak mampu bertahan dengan lama.

Oleh sebab itulah pada hari ini semakin ramai orang yang memilih untuk menggunakan bunga yang dihasilkan daripada kertas untuk menjadi perhiasan rumah, hiasan pelamin, hiasan ruang menangkap gambar dan sebagainya. Tambahan pula, rupa bunga kertas ini juga tidak kurang cantiknya!

Untuk menghasilkan bunga daripada kertas, percaya atau tidak anda tidak semestinya memerlukan tangan yang berseni. Semuanya kini boleh dilakukan dengan hanya merujuk kepada tutorial mudah (ihsan daripada DIY-Paper Crafts di Youtube) seperti yang bakal kami paparkan kepada anda dalam entri ini.

Dengan bahan-bahan ringkas, panduan yang terperinci dan sedikit kesabaran, anda akan dapat mengisi masa lapang anda dengan ciptaan bunga kertas yang cantik.

Bahan yang diperlukan adalah kertas berwarna (warna hijau untuk dijadikan daun dan warna merah untuk dijadikan bunga), sebatang pensil atau pen, gunting, gam dan objek berbentuk bulat untuk panduan bentuk yang sempurna.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Lukis bentuk bulat di atas kertas berwarna yang bakal dijadikan bunga.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Guntingkan bentuk bulat itu.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Lipat kertas yang sudah digunting itu kepada dua bahagian seperti dalam gambar.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Lipat sebahagian kertas tadi ke dalam sehingga terhasil bentuk hati. Bahagian dalam ini adalah kelopak lapisan dalam bagi bunga anda.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Gam bahagian dalaman kelopak itu tadi supaya bentuknya kekal.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Ulang langkah-langkah di atas sehingga terhasil 6 kelopak bunga.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Untuk menghasilkan daun, lipat kertas berwarna hijau kepada dua bahagian seperti dalam gambar.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Kemudian, gunting sisi kertas dengan corak bergerigi seperti dalam gambar.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Seterusnya, lipat kertas tadi secara melintang dengan lipatan yang berselang seli.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Buka semula lipatan itu dan hasilkan dua atau lebih corak daun yang sama. Kemudian, gamkan bahagian hujung dedaun itu bersama-sama.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Setelah siap bunga dan daun, gamkan bunga (di bahagian belakang kelopak bunga) dengan dedaun yang dihasilkan.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Lekatkan bunga di atas daun seperti dalam gambar.

DIY-Paper Crafts/YouTube

Kraf tangan bunga kertas sudahpun siap!

DIY-Paper Crafts/YouTube

Tonton tutorial kraf bunga kertas ini di sini:

DIY-Paper Crafts/YouTube

Selamat mencuba!

 Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular