Perpeluhan merupakan satu proses yang normal sebagai tindak balas kepada haba. Peluh dikatakan bagus untuk kesihatan kerana ia mengeluarkan toksik daripada badan sekali gus membantu menyejukkan tubuh seseorang manusia.

Namun demikian, berpeluh dengan terlalu banyak kadangkala boleh menyebabkan individu berkenaan mahupun orang sekeliling berasa tidak selesa tambahan pula jika wujud bau badan yang tidak menyenangkan…

Jika keadaan ini berlaku, ia mungkin berpunca daripada hyperhidrosis atau berpeluh secara berlebihan atau kesan sampingan perubatan. Justeru, adalah penting untuk kita semua mengetahui fakta-fakta penting bagi menghindari daripada berlakunya perkara yang lebih serius di masa hadapan.

Berikut merupakan 8 keadaan kesihatan yang mungkin menyebabkan seseorang berpeluh secara berlebihan melangkaui keperluan fisiologi tubuhnya…

#1 Tekanan

Kredit: The Afro News

Berpeluh secara berlebihan mungkin disebabkan oleh tekanan yang anda hadapi. Tekanan dan kebimbangan bukan sahaja boleh mendatangkan kesan negatif pada tubuh tetapi juga ditunjukkan melalui peluh anda. Perpeluhan jenis ini juga agak berbau kerana ia mengandungi lemak dan protein yang bercampur dengan bakteria kulit.

#2 Masalah tiroid (hyperthyroidism)

Kredit: Cancer Therapy Advisor

Hyperthyroidism merupakan satu keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi terlalu aktif dan mula menghasilkan hormon tiroid pada kadar yang berlebihan. Apabila ini berlaku, segala proses tubuh badan dipercepatkan dan akan menyebabkan beberapa simptom seperti gementar, bimbang, pengurangan berat badan dan juga peluh secara berlebihan.

#3 Kadar gula dalam darah rendah (hypoglycemia)

Kredit: Healthline

Peluh secara berlebihan boleh disebabkan oleh banyak perkara dan salah satunya adalah hypoglycemia. Individu yang mengalami masalah ini akan turut berdepan dengan simptom kelaparan melampau, kebimbangan, pening, sakit kepala dan juga masalah penglihatan.

#4 Hyperhidrosis

Kredit: News Medical

Hyperhidrosis merupakan perpeluhan yang banyak di satu kawasan seperti leher, ketiak, tapak tangan atau tapak kaki disebabkan oleh wujudnya ketepuan kelenjar peluh yang tinggi di kawasan terbabit.

Ia tidaklah boleh membahayakan nyawa namun keadaan ini pastinya akan membuatkan anda berasa malu serta tidak selesa. Kadangkala, hyperhidrosis juga boleh mengakibatkan masalah kulit yang menyakitkan. Anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

#5 Kesan sampingan perubatan

Kredit: depositphotos.com

Ubat-ubatan juga boleh mendatangkan kesan perpeluhan kepada tubuh. Antaranya ubat antibiotik, ubat tekanan darah dan juga ubat psikiatri.

#6 Putus haid (menopause)

Kredit: Dr. Kellyann

Salah satu simptom menopause adalah anda akan terasa bahang di bahagian dada membawa ke bahagian kepala dan diikuti dengan peluh yang banyak. Perubahan paras estrogen dalam badan boleh menyebabkan wanita berpeluh dengan kuat, kitaran haid terganggu, migran, kepanasan dan sebagainya.

#7 Demam secara tiba-tiba

Kredit: Dr. Craig Eymann

Demam secara tiba-tiba adalah demam pada suhu 38.3ºC yang akan berpanjangan selama lebih kurang tiga minggu. Terdapat empat jenis demam seperti ini iaitu:

  • Klasikal (berlaku kepada individu sihat)
  • Nosocomial (kesan daripada terlantar di hospital)
  • Kekurangan imun (terjadi kepada individu yang rendah imunisasi dalam badan)
  • HIV

#8 Obesiti

Kredit: Daily Mail

Obesiti merujuk kepada jumlah lemak badan yang berlebihan yang berpunca daripada genetik, malas, pengamalan pemakanan yang tidak sihat, perubatan dan juga kurang tidur. Obesiti juga menyebabkan hyperhidrosis kedua yang pastinya akan membuatkan sesiapa sahaja tidak selesa.

Sumber: BrightSide

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds