THAILAND – Seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dilaporkan mengalami keguguran selepas mendapatkan sesi urutan di sebuah spa yang terletak di wilayah Chiang Mai.

Menurut laporan The Nation, wanita yang dikenali sebagai Wirawan Ketkesi, 25 tahun dikatakan telah pergi mendapatkan urutan di pusat berkenaan pada 11 Januari yang lalu. Bagaimanapun setibanya di sana, tukang urut telah memaklumkan kepada Wirawan bahawa dia tidak boleh memberikan rawatan badan secara menyeluruh memandangkan wanita ini berada dalam keadaan hamil.

Gambar hiasan

Hong Kong FP

Justeru, tukang urut berkenaan telah mencadangkan urutan kaki dan bahu kepada Wirawan. Selepas sesi urutan selama sejam, tukang urut tersebut telah pergi ke tandas dan sekembalinya dia ke dalam bilik, dikhabarkan Wirawan sedang diserang penyakit sawan dan menyebabkan degupan jantungnya berhenti.

Tukang urut kemudian segera mengejarkan Wirawan ke Hospital Maharaj Nakorn Chiang Mai untuk mendapatkan rawatan lanjut. Namun begitu, doktor mengesahkan bahawa wanita ini telah mengalami keguguran dan pihak hospital telah menjalankan prosedur pembedahan bagi membuang janinnya.

Seehua

Akan tetapi, sehingga kini, wanita itu masih berada dalam keadaan koma dan hal ini membuatkan ahli keluarganya tampil untuk meminta bantuan orang ramai memandangkan kes berkenaan gagal menunjukkan sebarang perkembangan meskipun telah membuat laporan polis.

Menurut jurucakap Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thai iaitu Dr Khwanchai Visithanon, “Wanita yang mengandung kurang daripada 3 bulan perlu mengelakkan sebarang urutan kerana ia boleh mengakibatkan keguguran.”

Tambahnya lagi, “Wanita mengandung hanya boleh mendapatkan urutan di tempat yang mempunyai tukang urut pengamal perubatan tradisional Thai yang layak dan telah menjalani 800 jam latihan.”

Memetik laporan World of Buzz, Wirawan merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun manakala suaminya pula sedang menjalani hukuman di penjara.

The Nation

Sementara itu, ketua timbalan kesihatan awam Chiang Mai iaitu Waranyu Jamnongprasartporn turut memberi maklum balas mengenai insiden ini dan menyatakan bahawa tukang urut memainkan tanggungjawab untuk memeriksa keadaan pelanggan sama ada sedang mengandung atau mempunyai penyakit kronik sebelum memulakan sesi urutan.

Jelasnya lagi, setiap pusat urutan haruslah memiliki lesen untuk beroperasi yang sah. Namun beliau turut akui bahawa adalah sukar untuk pihaknya melakukan pemeriksaan di setiap pusat urutan di seluruh wilayah berkenaan.

Sumber: The NationWorld of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds