Pasangan suami isteri ini telah berikrar di dalam perkahwinan mereka akan mengharungi segala cabaran dan dugaan bersama-sama sehingga ke akhir hayat. Dan mereka mengotakan janji itu apabila kedua-duanya telah diduga dengan kepahitan hidup yang begitu sukar.

Pasangan Huang begitu tabah dan berani menghadapi segala cabaran dan dugaan kehidupan bersama-sama. Tiga tahun lalu, Encik Huang mengalami kemalangan di tempat kerja yang menyebabkan jari-jemarinya telah putus akibat tersangkut di mesin. Tidak lama selepas itu, Encik Huang telah berhenti kerja kerana kecederaan tangan dan jarinya. Encik Huang menjadi golongan kurang upaya dan Puan Huang terpaksa mengambil alih tugas keluarga menjadi pencari rezeki utama.

Puan Huang begitu bekerja keras sehingga menyebabkan mental dan fizikalnya menjadi tersangat letih. Pada satu hari, tiba-tiba Puan Huang telah rebah dan tidak sedarkan diri. Puan Huang dikejarkan ke hospital dan para doktor yang memeriksa mendapati dia telah mengalami masalah kebengkakan otak yang mengundang strok secara tiba-tiba sehingga menyebabkan Puan Huang mengalami keadaan vegetatif.

Keadaan kewangan keluarga Huang begitu meruncing sehingga menyebabkan Puan Huang yang telah lumpuh seluruh badan tetapi dalam keadaan sedar itu tidak dapat menjalani rawatan yang berterusan dan terpaksa dibawa pulang ke rumah. Semasa di rumah, Encik Huang menjaga isterinya dengan penuh kasih sayang dan amat baik, serta tidak pernah mengabaikannya.

Keluarga Huang kini bergantung harapan dan perbelanjaan melalui anak lelaki sulung yang sudah bekerja. Pada mulanya kehidupan mereka sangat sukar kerana terpaksa membiayai kos perubatan dan rawatan Puan Huang. Namun tidak lama selepas itu, Encik Huang yang sentiasa berusaha untuk membantu keluarga dengan keadaannya yang kurang upaya, telah mendapat pekerjaan yang stabil dengan gaji yang baik. Puan Huang akhirnya telah dapat dipindahkan ke rumah penjagaan dan kebajikan untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Pasangan suami isteri ini bertahan dengan dugaan dan tetap mencintai satu sama lain sehingga tiba ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25. Encik Huang membuat keputusan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan bersama isteri tercinta. Encik Huang ingin meluahkan rasa bersyukur memperisterikan Puan Huang bersama rasa penyesalannya kerana tidak dapat membuat sambutan ulang tahun yang sempurna ketika masing-masing masih sihat dan diberikan peluang.

Selepas mendengar kisah tragik pasangan suami isteri yang setia ini, syarikat Ai Ni Cosmetics telah membuat keputusan untuk menaja sambutan ulang tahun perkahwinan yang amat istimewa ini. Beberapa orang pakar kecantikan telah memberikan Puan Huang solekan istimewa dan mengubah penampilannya. Hasilnya, Puan Huang nampak begitu cantik dan mempesona pada hari yang istimewa itu. Encik Huang begitu berasa terharu melihat isterinya yang masih cantik dan menawan hatinya.

Syarikat kosmetik ini juga telah berbesar hati memberi sumbangan dana sebanyak RM178,000 kepada pihak hospital bagi membantu menjalankan penyelidikan dalam usaha mendapatkan penawar bagi golongan pesakit yang mengalami masalah ‘keadaan vegetatif’.

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds