Bagi siapa yang mempunyai adik kecil, sekali-sekala sudah tentu memahami rasa kekecewaan tetapi pada masa yang sama berasa amat terhibur sehingga mahu tertawa kecil di dalam hati apabila melihat keletah mereka.

Seorang netizen bernama Khairul baru-baru ini telah berkongsi pengalaman menggelikan hati di halaman Twitter apabila memuat naik rakaman video dia sedang mengajar adik lelakinya memahami perkataan Bahasa Inggeris.

Kapsyen di Twitter itu berbunyi, “Betul-betul payah. Boleh sesiapa bagi idea untuk menerangkan perkataan ini kepada adik saya?” Dan rakaman video itu menjadi tular.

ks@_mohdkhairul_/Twitter

Rakaman video tersebut menunjukkan Khairul sedang mengajar adiknya membaca buku dalam Bahasa Inggeris yang tertulis, “Who? Who? Who? Who is that?”. Adik Khairul membacanya sambil menunjukkan perkataan itu dengan jari telunjuknya.

Kemudian Khairul mengambil kesempatan dengan bertanya kepada adiknya, “Who dalam Bahasa Melayu apa?”.

Dan adiknya bertanya, “Ini siapa?”. Khairul menjawab, “Bubbly!”

Khairul yang sabar menerangkan maknanya dengan berkata, “Who itu dalam Bahasa Melayu siapa”. Dan adiknya menjawab, “Adik tak tahu…”

ks@_mohdkhairul_/Twitter

Khairul cuba menerang dan memahamkan adiknya dengan maksud perkataan ‘Who’ sebanyak beberapa kali, tetapi adiknya masih tidak faham dan bertanya, “Kenapa asyik who, who, who itu siapa saja?”

Netizen ini terus bersabar melayan keletah adiknya dengan berkata, “Tidak, ‘Who’ itu dalam Bahasa Melayu ‘Siapa’.”

Adik lelaki Khairul menjadi keliru dan terus-menerus tidak faham. Kemudian sekali lagi Khairul menerangkan dengan berkata kepada adiknya, “Who itu dalam Bahasa Melayu, ‘Siapa’!”

ks@_mohdkhairul_/Twitter

Sambil memandang abangnya dengan senyuman, si adik menjawab penuh yakin, “Alif!”. Khairul yang sudah terasa geli hati terus berkata, “Tak ada apa-apalah adik!”

Ramai netizen yang berasa geli hati dan terhibur melihat keletah adik Alif yang sangat comel sambil memberi galakan kepada Khairul supaya cuba mengajar adiknya untuk memahami konsep perkataan itu. Sementara ada yang menyuruhnya supaya banyak-banyak bersabar dan apa yang penting semua orang tahu Khairul amat sayangkan adiknya, Alif.

Twitter

Twitter

Lihat video mempelajari Bahasa Inggeris ini di bawah.

ks@_mohdkhairul_ /Twitter

Sumber : ks@_mohdkhairul_ / Twitter , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular