Lempeng yang gebu, lembut dan cukup rasa sememangnya menu minum petang yang menggamit selera sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, bagi peminat lempeng, mereka boleh memakan lempeng dengan apa jua lauk yang ada. Tetapi, lazimnya lempeng akan dipadankan dengan lauk kari atau sambal tumis.

Kredit: Safiyya Zaidriqry/Facebook

Dengan cara penghasilan yang mudah dan modal yang berpatutan, lempeng sememangnya menjadi menu kegemaran orang ramai. Oleh sebab itulah, dalam entri ini kami akan berkongsi dengan anda resipi lempeng yang pastinya gebu dan lembut. Anda mungkin tidak akan percaya kerana hasilnya memang memuaskan hati!

Resipi lempeng yang gebu dan lembut ini adalah ihsan kongsian daripada Puan Safiyya Zaidriqry.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar santan kotak
  • ½ sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 2 ½ cawan air (jika adunan terlalu pekat, tambahkan lagi setengah cawan air)

Cara-cara membuat:

1. Pukul atau kisar semua bahan-bahan yang dinyatakan dan tuangkan ke dalam mangkuk setelah semua bahan sebati (untuk lebih mudah dan kemas, tuangkan adunan ke dalam botol sos seperti dalam gambar).

Kredit: Safiyya Zaidriqry/Facebook

2. Panaskan kuali tidak melekat (non-stick pan) tanpa meletakkan minyak dan tuangkan sedikit demi sedikit adunan lempeng.

Kredit: Safiyya Zaidriqry/Facebook

3. Angkat lempeng yang telah siap dimasak dan ulang teknik yang sama sehingga adunan habis.

Kredit: Safiyya Zaidriqry/Facebook

4. Lempeng gebu dan lembut telah siap dimasak dan boleh dihidangkan bersama kuah kari dan lain-lain lauk.

Selamat mencuba!

Sumber: Safiyya Zaidriqry/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Resipi

Video Popular