Walaupun sudah 13 tahun berada dalam industri hiburan, namun nama Alif Satar masih lagi ‘bersih’ kerana bakatnya yang versatil dan ditambah pula sikapnya yang disenangi oleh orang ramai termasuk peminat-peminatnya.

alifsatar/Instagram

Selebriti berusia 29 tahun itu dilaporkan tidak pernah terpalit dengan mana-mana cerita sensasi dan didakwa hanya menumpukan kepada keluarganya sahaja. Merupakan pengacara Anugerah Juara Lagu ke-33 pada 3 Februari yang lalu, netizen mula membangkitkan nama Alif Satar yang dikatakan begitu berbakat dan disenangi ramai.

@LelakiOnTheGo/Twitter

Kiriman tersebut ternyata mendapat lebih daripada 22,600 retweet dan 22,000 likes daripada netizen yang jelas sekali cukup bersetuju dengan pernyataan milik akaun @LelakiOnTheGo itu.

Antara netizen yang turut menyokong kiriman tersebut turut menghuraikan hujah masing-masing seperti menyatakan bahawa selebriti berkenaan begitu fasih dan bijak mengacara majlis serta tidak melakukan jenaka-jenaka yang tidak sepatutnya.

@deQjie13/Twitter

Selain itu, terdapat juga netizen yang berkongsi pengalamannya ketika menyaksikan Alif Satar dengan hebat sekali berjaya mengacarakan majlis rasmi yang dihadiri oleh tetamu profesional, yang jelas sekali bertentangan dengan industri hiburan.

@syezzy_k/Twitter

Ternyata, rata-rata netizen begitu berpuas hati dan sangat menggemari bakat yang ditonjolkan oleh selebriti ini dan mengharapkan agar Alif Satar akan terus berjaya.

Sumber: Limau Manis

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular