Duckie Thot adalah model Australia yang sering digelar “Black Barbie.” Kini, Duckie mempunyai berjuta-juta peminat, gambarnya menerima beribu-ribu sukaan, dan jenama-jenama terkenal bersaing untuk mendapatkan khidmatnya sebagai model untuk iklan mereka.

Tetapi, tanpa diketahui, masa lalu Duckie tidak sentiasa bergemerlapan seperti harini. Duckie pernah diejek dan terpaksa berehat seketika daripada kerjayanya.

 

View this post on Instagram

 

Ducks after dark.

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

duckieofficial/Instagram

Kisah hidup Duckie ternyata dapat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja untuk terus berjuang dalam kehidupan walaupun kadang-kala berdepan dengan halangan, namun dengan keyakinan diri dan kepercayaan kepada perkara yang baik, kita akhirnya dapat mengecap kebahagiaan dan kejayaan pada suatu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

duckieofficial/Instagram

Duckie Thot dilahirkan di Sudan Selatan. Duckie sememangnya mengimpikan untuk menjadi model sejak dia masih kecil. Langkah pertama yang dibuat ke arah matlamatnya adalah dengan mengambil bahagian dalam program terkenal, Australia’s Next Top Model.

 

View this post on Instagram

 

@modelspolaroids ?

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

duckieofficial/Instagram

 

View this post on Instagram

 

Woman on a mission. ??

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

duckieofficial/Instagram

Ketika menyertai program itu, Duckie baru berumur 17 tahun. Duckie sering dikritik oleh penata gaya yang tidak tahu cara terbaik untuk menjaga rambutnya. Dan ramai peminat program itu yang tidak begitu gemar dengannya. Mereka mendakwa bahawa Duckie tidak kelihatan semula jadi dan tiada siapa yang percaya bahawa penampilannya yang unik adalah anugerah semula jadi, dan bukan pembedahan plastik dan suntingan Photoshop.

 

View this post on Instagram

 

I had the BEST day shooting!!! So sooo excited to share with you all ?

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

duckieofficial/Instagram

Bukan itu sahaja, rakan-rakannya dalam industri fesyen juga turut mengatakan perkara-perkara yang buruk tentang dirinya. Mereka juga menggelarnya dengan nama-nama yang tidak sepatutnya.

Kemudian, ketika menjalankan temubual dengan Teen Vogue, Duckie mengatakan bahawa sebagai seorang gadis berusia 17 tahun, dia telah banyak kali terluka dan dia tahu bahawa dia tidak sepatutnya menerima layanan sebegitu. Duckie mengambil masa selama 2 tahun untuk mencari keyakinan untuk kembali ke dunia fesyen.

 

View this post on Instagram

 

Hi ??

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

duckieofficial/Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

duckieofficial/Instagram

Duckie menegaskan bahawa sebaik sahaja dia mula mendengar suaranya sendiri dan mengabaikan kata-kata orang lain, semua perkara mula kembali normal.

Kini, Duckie menyokong model berkulit gelap dan dia adalah salah seorang peneraju untuk kepelbagaian dalam industri fesyen. Duckie percaya bahawa kecantikan itu boleh dan harus mempunyai banyak wajah.

 

View this post on Instagram

 

thank you L’Oréal ? @lorealhair

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

duckieofficial/Instagram

Dari pengalamannya sendiri, Duckie Thot tahu bahawa masyarakat akan terus berusaha memberitahu anda apa yang harus dilakukan dan bagaimana anda harus digayakan. Tetapi kata-kata mereka tidak harus menentukan siapa diri anda yang sebenarnya.

 

View this post on Instagram

 

Colours are FINALLY growing on me! So happy to be home ☺️? #NYC

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

duckieofficial/Instagram

 

View this post on Instagram

 

@badgalriri did THAT. ???? @fentybeauty

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

duckieofficial/Instagram

Mimpi hanya menjadi kenyataan apabila kita mendengar suara diri kita sendiri dan tidak takut untuk menunjukkan kepada dunia siapa diri kita yang sebenarnya.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular