Tular di Twitter sebuah video yang memaparkan hasil seni yang membuatkan ramai netizen tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

Semua orang suka ilusi optik yang baik dan kali ini adalah satu karya seni yang kelihatan seperti lukisan wajah seorang lelaki di atas kanvas tetapi sebenarnya bukan lukisan. Karya seni itu adalah sekeping ‘sculptural assemblages’.

Kary seni oleh Thomas Deininger itu didedahkan melebihi sebuah lukisan. Ia mendedahkan bagaimana karya seni dicipta bukan dengan menggunakan warna dan berus tetapi dengan mencantumkan ratusan barang-barang kegunaan harian yang kebanyakannya telah dibuang seperti anak patung yang rosak, foto lama, jaring memancing dan pelbagai lagi.

Deininger adalah artis yang berpangkalan di Rhode Island yang suka meneroka pemasangan kolaj kertas dua dimensi. Menggunakan pelbagai medium, dia menggunakan gambar dan bahan yang popular termasuklah anak patung Barbie. 

Menjawab persoalan tentang bagaimana dia memulakan karya seni jenis ini, Deininger berkata, “bereksperimen dengan sifat-sifat fizikal cat dan pengabstrakan dalam kedua-dua bahan dan imejan.”

Video yang tular di media sosial itu telah ditonton hampir 70 ribu tontonan dan mendapat pelbagai tindak balas dari netizen. Ada yang sungguh kagum dengan karya seni tersebut seperti:

Daniel Martin: Ia memang mengagumkan!

Gerard Leckey: Ini memang menguji minda. Hebat!

Namun ada netizen yang tidak gemar dengan karya seni tersebut dan mendapati ia menakutkan!

Jackie: luar biasa namun menakutkan.

Mari tonton video pendedahan karya seni yang cukup mengagumkan ini.

 

View this post on Instagram

 

You’ve probably seen this one before but this is a different video.

A post shared by Thomas Deininger (@tdeininger) on

Sumber:  THE INDIAN EXPRESS, tdeininger/Instagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds