Setiap perhubungan pasti akan mempunyai masalah tidak kira sama ada masalah itu boleh diselesaikan dengan mudah atau sehingga memerlukan campur tangan daripada pihak lain.

Kadangkala, kita akan berasa marah dengan sikap pasangan yang dirasakan tidak munasabah. Misalnya, tidak membuang sampah, tidak memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh, meletakkan kaki di atas meja, tiba lewat semasa temujanji dan bermacam-macam lagi.

Varnam MY/Gambar Hiasan

Apa pun puncanya, anda pasti sering berharap agar pasangan ‘cuba berubah menjadi lebih baik’ dalam perhubungan tersebut. Tetapi, setelah melihat ilustrasi ini, pandangan anda mengenai pasangan pasti akan berubah dengan serta-merta.

Berdasarkan ilustrasi dan kisah di bawah, secara ringkasnya ia menggambarkan contoh terbaik untuk menangani ketegangan dalam sesebuah perhubungan adalah mengubah pandangan anda dalam sesuatu situasi.

Ilustrasi ini mengisahkan pasangan lelaki dan perempuan yang sedang berada dalam keadaan genting. Si lelaki tidak tahu terdapat seekor ular yang sedang mematuk wanita itu manakala si wanita pula tidak tahu ada batu besar yang sedang menghempap si lelaki.

Bored Panda

Pada fikiran wanita, “Saya hampir terjatuh dan saya tidak boleh panjat kerana ular itu akan mematuk saya! Kenapa awak tak gunakan kekuatan awak untuk menarik saya ke atas!”

Pada fikiran lelaki pula, “Saya berada dalam kesakitan yang teramat sangat! Tapi saya tetap menarik awak sekuat mungkin! Kenapa awak tak cuba panjat?!”

Kesimpulan kepada kisah ringkas ini adalah, kita tidak pernah melihat ataupun merasai tekanan yang pasangan kita lalui dan begitu juga sebaliknya. Inilah kehidupan sebenar. Tidak kiralah sama ada ianya melibatkan kerja, keluarga, perasaan, keluarga dan rakan-rakan, kita perlulah sentiasa memahami antara satu sama lain serta belajar untuk berfikir dari pelbagai sudut. Apa yang lebih penting adalah pastikan anda sentiasa memikirkan perasaan antara satu sama lain serta berkomunikasi dengan lebih baik.

wordpress.com/Gambar Hiasan

Siapa sangka daripada satu lukisan mudah, dapat mendidik kita untuk menjadi lebih rasional dan bertoleransi bagi memastikan kedua-dua pihak dapat membentuk perhubungan yang kekal sehingga ke Jannah.

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular