Baru-baru ini, selebriti sosial terkenal, Sam Tsui telah merakamkan semula lagu duet popular dari filem The Greatest Showman berjudul Rewrite The Stars bersama Daiyan Trisha.

TheSamTsui/YouTube

Sam Tsui yang kini berusia 30 tahun itu merupakan penyanyi berbakat kelahiran Amerika Syarikat yang sebelum ini dikenali ramai kerana sering merakamkan semula lagu-lagu terkenal dari penyanyi-penyanyi Hollywood seperti Adele, Britney Spears, Justin Timberlake, Lady Gaga dan Bruno Mars.

Daiyan Trisha/Instagram

Daiyan pula mula menempa nama dalam industri hiburan Malaysia dalam bidang lakonan dan nyanyian. Daiyan juga pernah merakamkan semula beberapa buah lagu sebelum muncul dengan beberapa single sendiri seperti Kerna Kau, Cinta Suka Sayang Kamu, Jatuh, Langit dan lagu terbaharunya, Brutal.

Kini, dengan bakat semulajadi Daiyan, dia berjaya menarik perhatian Sam Tsui dan berpeluang bekerjasama dengan Sam Tsui di saluran YouTube penyanyi antarabangsa itu yang mempunyai lebih tiga juta pengikut.

Daiyan Trisha/Instagram

Pasangan berkenaan merakamkan semula lagu duet popular yang dinyanyikan oleh Zac Efron dan juga Zendaya.

Sehingga kini, video lagu berkenaan telah mendapat lebih daripada 400,000 tontonan dan 38,000 sukaan sejak dimuat naik pada 8 Februari lalu di saluran YouTube Sam Tsui.

TheSamTsui/YouTube

Sumber: Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular