KUALA LUMPUR – Hasrat kira-kira 120 individu untuk menikmati percutian yang diidamkan di Eropah terkubur, bahkan mereka kerugian sejumlah wang bernilai RM810,000 setelah ditipu oleh agensi pelancongan.

Kosmo

Difahamkan bahawa mereka semua yang tiba dari bahagian Utara tanah air telah terkandas selepas diberitahu bahawa nama mereka tidak tersenarai langsung sebagai penumpang untuk penerbangan ke Turki, Paris dan Santorini.

Pada hari berkenaan, iaitu pada 8 Februari lalu, dimaklumkan bahawa tiada wakil daripada agensi berkenaan di lokasi. Mangsa sebaliknya menunggu sejak tengah hari lagi dan kemudian menerima panggilan daripada agensi pada jam 9:35 malam mengatakan bahawa penerbangan mereka dibatalkan.

Ini bukanlah kes pertama seumpamanya yang berlaku di Malaysia. Pada awal Januari tahun 2018, beberapa individu dilaporkan telah ditipu oleh seorang wanita yang berjanji untuk menyediakan pakej pelancongan idaman ke Korea.

Selain itu juga, terdapat satu lagi kes telah dilaporkan pada 3 bulan yang lalu, di mana ia melibatkan penipuan oleh ejen pelancongan, dan seramai 23 orang mangsa kerugian sejumlah RM53,000.

Sumber: Kosmo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular