Menyertai program pertukaran pelajar memang sungguh mengujakan. Anda bukan sahaja dapat meneruskan pelajaran malah dapat melihat tempat baharu dan bertemu dengan kawan baharu. Tetapi siapa sangka pada waktu ini anda mungkin dapat bertemu dengan kembar anda? Itulah sebenarnya yang terjadi kepada Cordelia Roberts dan Ciara Murphy.

Kedua-dua pelajar ini merupakan pelajar yang terlibat dalam program pertukaran pelajar yang bertempat di Bremen, Germany. Mereka berdua begitu terkejut tatkala pertama kali bertemu sebaik sahaja kelas bermula.

Cordelia datang dari United Kingdom manakala Ciara pula dari Ireland. Walaupun mereka berdua tiada hubungan namun mereka memang kelihatan seiras!

Kedua-dua Cordelia dan Ciara yang tinggal bersendirian di negara asing itu tertanya-tanya apa yang sebenarnya yang berlaku apabila pelajar lain mula bertanyakan jika mereka mempunyai adik-beradik kembar di kampus.

Mereka kemudiannya diperkenalkan antara satu sama lain dan mereka sendiri terkejut apabila melihat wajah masing-masing yang memang serupa antara satu sama lain.

Cordelia dan Ciara mengambil gambar swafoto bersama dan gambar mereka menjadi tular di media sosial.

Cordelia dan Ciara sudah tentu tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa gambar swafoto bersama! Gambar mereka akhirnya menjadi tular di media sosial apabila netizen mendapat tahu mereka sebenarnya bukanlah adik-beradik kembar.

Sejak pertemuan itu, mereka berdua menjadi kawan rapat.

Kisah menarik seperti ini memang jarang didengari tetapi cukup berharga. Mungkin anda juga pernah bertemu dengan orang yang memiliki wajah seiras seperti anda.

Twin Strangers/Youtube

Sumber: ELITE READERSTwin Strangers/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular