Bagi bakal ibu bapa yang sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung sudah pasti berasa tidak sabar dengan perasaan berdebar-debar menunggu kelahiran si comel ke dunia. Anak itu penyeri rumah tangga, dan ia akan menjadi pelengkap sebuah keluarga.

Gambar Hiasan: SmcHealth

Pastinya kelengkapan bayi sudah tersedia kerana perasaan teruja menanti kelahiran anak sulung rasanya lain daripada yang lain. Tetapi, adakah anda pasti senarai semak yang tersedia tidak terlepas pandang? Di bawah adalah antara perkara penting yang anda perlu semak dan pastikan sebelum menyambut kelahiran cahaya mata sulung.

 

Gambar Hiasan: TheAsianParentMalaysia

1. Buat rawatan gigi

 

Gambar Hiasan: StoryBlocks

Apabila seorang wanita hamil, akan berlaku proses perubahan ketara dari segi aspek fizikal, rohani dan kesihatan secara menyeluruh. Kesihatan mulut juga tidak terkecuali. Peningkatan tahap hormon estrogen dan progesteron akan mengakibatkan kesihatan gusi terjejas.

Sekiranya bakal ibu tidak menjaga kesihatan gigi dengan betul ia boleh menyebabkan radang gusi atau gingivitis. Kesihatan gigi yang tidak dijaga akan mengakibatkan kelahiran bayi pra-matang dan kekurangan berat badan bayi semasa kelahiran. Ia berpunca daripada jangkitan bakteria yang memasuki ke dalam aliran darah melalui gusi sehingga bergerak ke dalam rahim.

Jadi, bakal ibu dinasihatkan supaya konsisten melakukan pemeriksaan dan rawatan gigi.

2. Makan untuk dua orang

 

Gambar Hiasan: Omaha

Bakal ibu sudah pasti pernah mengidam. Mana tidaknya, ibu yang mengandung itu makan untuk dua orang. Setiap ibu mengandung memerlukan 2,000 hingga 3,000 kalori dalam sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi. Tetapi pastikan anda makan secara terkawal dan jangan sampai menaikkan berat badan sehingga mengakibatkan pelbagai komplikasi pada kandungan.

Amalkan pemakanan sihat dengan diet yang betul seperti memakan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, telur, keju dan bijirin. Elakkan memakan makanan pedas dan berminyak serta minuman berkafein.

3. Kawal makanan manis dan bergaram

Gambar Hiasan: TheLivingMedia

Menurut pakar, ibu hamil perlu memberi tumpuan pada trimester pertama kerana dalam waktu ini, pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat. Ini termasuk mengawal pemakanan yang diambil sewaktu hamil.

Bakal ibu digalakkan untuk menjauhi semua jenis makanan yang tidak menyihatkan seperti makanan manis, berlemak, berkalori tinggi, serta mempunyai kandungan garam dan penambah perasa yang tinggi. Ibu hamil berisiko untuk dijangkiti gestational diabetes dan ia boleh membahayakan kandungan sekiranya mereka memakan makanan tidak berkhasiat ini secara berlebihan.

4. Mengupah bidan penjaga pantang atau tukang urut

Gambar Hiasan: BuletinDunia

Sewaktu dalam tempoh berpantang, emosi seorang ibu akan menjadi tidak stabil dan sedikit sensitif. Jadi, ahli keluarga terdekat memainkan peranan penting dalam menguruskan hal ibu berpantang supaya mereka berasa lebih tenang dan selesa.

Namun begitu, jika tidak mahu membebankan ahli keluarga, bakal ibu bapa boleh mengupah bidan penjaga pantang atau tukang urut. Terdapat golongan yang mahir dalam bidang ini yang menawarkan servis untuk menjaga ibu berpantang. Sebelum dua atau tiga bulan menjelang hari kelahiran, anda dinasihatkan supaya bersiap sedia mencari bidan terlatih yang akan menjaga anda dan bayi ketika dalam berpantang.

5.Menyediakan barang penjagaan dan mandian bayi

 

Gambar Hiasan: PapaGlamz

Ini adalah barangan yang paling penting yang harus disediakan sebelum menyambut kelahiran si manja. Bakal ibu bapa sudah pasti akan memastikan barangan keperluan dan penjagaan bayi pertama dipilih dengan keadaan yang paling sesuai dan terbaik.

Bagi bakal ibu bapa, pastikan barangan tersebut bebas dari bahan kimia yang berbahaya, lembut dan tidak sensitif kepada kulit bayi. Sekiranya anda mampu untuk membeli barangan penjagaan dan mandian bayi yang berasaskan bahan organik dan semula jadi atau yang disyorkan oleh pakar kanak-kanak, sila berbuat demikian.

Sumber: BabyCenter , SuperShidah

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular