Kes-kes kematian disebabkan tidur di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin sememangnya bukan lagi berita baharu. Walaupun sudah acap kali diberi peringatan, namun kes-kes sebegini tetap juga berlaku dari tahun ke tahun.

Gambar sekadar hiasan: Myc

Terdapat beberapa punca yang menjadi sebab bahaya tidur di dalam kereta yang masih belum dimatikan enjin. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa tidur dengan pendingin hawa dan radio memang sangat selesa, namun tindakan ini turut mengundang bahaya sehingga mampu meragut nyawa.

Oleh itu, ketahui 5 sebab mengapa anda perlu mematikan enjin kereta ketika tidur di dalam kereta.

1. Potensi kebocoran ekzos

Gambar sekadar hiasan: ExpatGo

Pembakaran bahan bakar di dalam enjin kenderaan akan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang berbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida.

Potensi untuk berlakunya kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan adalah tinggi sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta.

Oleh itu, apabila enjin tidak dimatikan, pengumpulan karbon monoksida yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan, lalu meningkatkan risiko lemas bagi penumpang yang berada di dalam kenderaan itu.

2. Gas ‘pembunuh senyap’

Gambar sekadar hiasan: GulfNews

Ramai orang percaya bahawa dengan membuka sebahagian tingkap kereta dapat mengelakkan risiko lemas di dalam kereta ketika sedang tidur. Namun, malangnya hal ini adalah tidak tepat.

Walaupun dengan tingkap yang terbuka, pengumpulan karbon monoksida tetap boleh berlaku apabila enjin dibiarkan tanpa digunakan. Tambahan pula gas ini tidak dapat dilihat, tidak dapat didengar dan tidak dapat dihidu.

Berbanding ketika manusia sedang berjaga, perubahan dan tandanya akan dapat dirasai seperti rasa tidak selesa, pening, kesukaran bernafas dan sebagainya.

PetunjukSehat

Namun apabila sedang tidur, badan manusia akan terus terasa lemah sehingga gas ini digelar sebagai ‘pembunuh senyap’ dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba.

3. Kepentingan pengaliran oksigen

Gambar sekadar hiasan: George Herald

Pengaliran oksigen amat penting dalam memastikan tubuh manusia dapat berfungsi dengan baik. Seperti yang kita tahu, asap ekzos mengandungi pelbagai jenis gas berbahaya.

Walaupun tidak berlaku kebocoran, gas-gas ini tidak dapat dibebaskan ke persekitaran luar dengan lancar kerana kenderaan tidak bergerak.

Selain menyebabkan pencemaran, gas-gas beracun ini juga boleh masuk ke dalam kereta melalui tingkap yang dibuka.

4. Gas ekzos dikaitkan dengan penyakit

Gambar sekadar hiasan: Modern Readers

Gas berbahaya yang terdapat dalam gas ekzos dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti lelah, penyakit jantung, bronkitis kronik dan juga kanser.

Oleh sebab itulah anda tidak disarankan untuk menghidupkan enjin dengan tempoh yang lama di luar rumah sekiranya tiada keperluan. Gas karbon monoksida juga boleh menyebabkan alahan serta keracunan terutamanya kepada kanak kanak.

5. Pembaziran minyak

Gambar sekadar hiasan: Vector News

Selain daripada faktor kesihatan, kereta yang dibiarkan dalam keadaan pendingin hawa yang berfungsi dan enjin yang berfungsi juga akan menghabiskan minyak kereta.

Menurut sumber, keadaan ini boleh menghabiskan sekitar 20% hingga 70% minyak kereta dalam masa satu jam.

Oleh itu, adalah sebaiknya untuk tidak tidur di dalam kereta ketika enjin kereta dihidupkan dengan pendingin hawa yang terpasang. Berhenti di tempat yang selamat dan matikan enjin jika anda benar-benar memerlukan rehat ketika perjalanan yang jauh. Jagalah keselamatan diri selalu!

Sumber: Myc

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds