Kematian seorang usahawan Kanada telah menyebabkan lambakan matawang kripto yang dilaburkan di syarikat miliknya telah ‘terkunci’ dan tidak dapat diambil semula oleh individu-individu yang memiliki wang berkenaan.

QuadrigaCX merupakan syarikat pertukaran matawang kripto terbesar di Kanada dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses dana sejumlah RM591.38 juta bitcoin dan beberapa aset digital lain setelah pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gerald Cotten meninggal dunia.

Chepicap

Gerald, 30 tahun dikatakan mula mengalami komplikasi akibat Penyakit Crohn’s sewaktu mendiang melancong ke India bagi membuka sebuah rumah anak yatim dan membantu kanak-kanak yang memerlukan.

Kebanyakan mata wang digital yang dipegang oleh Quadriga telah disimpan dalam satu akaun luar talian (offline) dikenali sebagai ‘dompet beku’. Tujuan penyimpanan aset dalam akaun ini adalah bagi melindunginya daripada digodam. Menurut laporan, hanya Cotten sahaja yang mempunyai kebenaran untuk mengakses akaun berkenaan.

Crypto Merchandise

Justeru, kematian mengejut Cotten membuatkan syarikat ini berdepan krisis memuncak dan bergelut untuk mencari jalan bagaimana mereka boleh melakukan pembayaran semula nilai aset kepada 115,000 pelanggan.

Di samping itu, syarikat ini turut memfailkan perlindungan pemiutang di Mahkamah Tinggi Nova Scotia pada Khamis lalu.

“Selama beberapa minggu, kami telah bekerja secara ekstensif untuk menyelesaikan isu kecairan yang merangkumi cubaan untuk menjamin keselamatan matawang kripto dalam dompet beku. Malangnya, semua cubaan ini tidak mendatangkan hasil”.

Hacker Noon

Sementara itu, balu Cotten iaitu Jennifer Robertson berkata menerusi kenyataan bertulis yang dimuat naik secara atas talian, komputer riba yang sering digunakan oleh Cotten untuk menjalankan pertukaran mata wang ini telah diubah kodnya.

“Saya tidak tahu kata laluan atau kunci pemulihan. Walaupun telah mencari bersungguh-sungguh, saya gagal menemui kata laluannya ditulis di mana-mana,” kata Jennifer.

Syarikat ini turut berusaha mengubah beberapa pakar teknologi untuk cuba menggodam komputer riba Cotten bagi mendapatkan semua wang Kripto yang hilang itu tetapi Jennifer memaklumkan bahawa mungkin sebahagian daripada ‘telah hilang’.

Finance Magnates

“Inventori Quadriga kini tidak dapat diambil dan sebahagiannya mungkin hilang

Kes keterjaminan keselamatan seperti ini bukanlah satu insiden yang jarang berlaku kepada industri matawang kripto. Malah, dikatakan beratus juta nilai mata wang digital telah dicuri oleh para penggodam sejak beberapa tahun yang lalu.

IB Times

Kini, berita kematian Cotten pada 9 Disember lalu dan isu pembekuan aset yang dipegang oleh Quadriga oleh bank perdagangan Canadian Imperial Bank of Commerce (CIBC) membuatkan orang ramai melepaskan kemarahan mereka kepada Jennifer. Majoritinya mendakwa Jennifer sengaja memalsukan kematian suaminya itu bagi tujuan penipuan.

Salah seorang pelanggan QuadrigaCX dari Calgary, Kanada iaitu Elvis Cavalic mendakwa bahawa dia tidak berjaya mendapatkan semula dana menggunakan wang Kripto yang dilaburkannya sebanyak RM61,400.

“Saya mungkin akan menghindari matawang kripto pada masa hadapan. Mereka meninggalkan kita tanpa kepastian. Saya sudah mempersiapkan diri untuk hal terburuk”.

Sumber: Astro AWANIMetroUKCBS Local

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds