DENPASAR – Seorang wanita warganegara Britain dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh mahkamah Bali, Indonesia pada Rabu (6 Februari) kerana menampar seorang pegawai imigresen di Bali selepas dia terlepas penerbangan berikutan visa pelancong yang sudah luput tarikh.

Mahkamah di Bali mendapati Auj-e Taqaddas, 43 tahun telah bersalah kerana menyerang seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai pada bulan Julai tahun lalu.

AFP/New Straits Times

Sebuah rakaman video yang tular menunjukkan bukti wanita itu mula memaki hamun seorang pegawai apabila dia diberitahu perlu membayar denda USD4,000 (RM16,294) kerana menetap selama beberapa bulan di negara itu, dengan melebihi tempoh yang ditetapkan.

Wanita ini kemudian telah memukul pegawai imigresen tersebut dan menuduhnya telah menyebabkannya terlepas penerbangan.

Patriot/YouTube /Paparan Skrin

Auj-e Taqaddas yang berikrar akan merayu di atas keputusan mahkamah, telah dibawa ke mahkamah pada hari Rabu selepas tidak menghadirkan diri di mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah sebelum itu.

Auj-e Taqaddas tidak ditahan sebelum hukuman dijatuhkan.

Patriot/YouTube /Paparan Skrin

Menurut Pendakwa Raya Waher Tulus Jaya Tarihoran, “Kami telah memantau pergerakannya sejak minggu lalu dan petang ini, sebelum kami membawanya secara paksa ke mahkamah.”

Tambahnya lagi, “Dia melawan, memukul dan menendang pihak pendakwa kami.”

Patriot/Youtube

Sumber : New Straits TimesPatriot/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular