Sebuah studio fotografi yang berpangkalan di United Kingdom, Warren Photographic, telah berjaya menawan hati lebih dari 20,000 pengikut di Instagram dengan gambar-gambar haiwan comel dan hidupan liar yang jarang dilihat.

Walaupun laman akaun ini dibanjiri dengan pelbagai foto haiwan, namun sebuah video selang masa (time lapse) ternyata telah menarik minat ramai orang kerana intipatinya yang memukau. Video berdurasi 26 saat itu merakamkan tumbesaran seekor kucing daripada saat kucing itu masih bayi sehinggalah kucing itu berusia 10 bulan.

Video yang comel ini dapat menunjukkan perubahan yang dialami oleh kucing yang diberi nama Freya itu. Dari seekor anak kucing yang lemah, kecil dan masih belum dapat membuka matanya, video itu secara perlahan-lahan menunjukkan kucing berkenaan  membesar dengan jayanya, bulunya semakin melebat, matanya semakin membulat, dan rupanya yang semakin comel.

Warren Photograpic

Warren Photograpic

Warren Photograpic

Warren Photograpic

Warren Photograpic

Warren Photograpic

Warren Photograpic

Warren Photograpic

Warren Photograpic

Warren Photograpic

Mari saksikan video pendek ini dan bersedialah untuk jatuh hati dengan Freya!

Warren Photograpic

Untuk maklumat lanjut, layari warrenphotographic.co.ukInstagram dan Facebook.

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular