Dalam dunia ini, bukan semuanya dilahirkan untuk menikmati keselesaan dan kemewahan hidup. Ada di kalangan kita yang terpaksa memerah kudrat mahupun menggadaikan barangan berharga semata-mata untuk membeli keperluan.

Dalam satu insiden yang menular di Muntinlupa City, Filipina, seorang wanita telah melangkah masuk ke dalam sebuah kedai kasut dan terlihat seorang lelaki yang daif.

Caloy Pineda

Wanita ini dengan serta-merta berasa simpati terhadap nasib yang menimpa lelaki itu kerana apatah lagi setelah melihat riak kekecewaan pada wajahnya dek kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk mendapatkan sepasang kasut baharu.

Insiden ini dikhabarkan telah dikongsikan oleh pengurus kedai kasut itu sendiri iaitu Caloy Pineda ke akaun Facebook miliknya. Menurut perkongsian berkenaan, Pineda memaklumkan bahawa dia telah melihat seorang pelanggan lelaki yang berpakaian compang-camping dengan berselipar buruk telah masuk ke kedainya.

Caloy Pineda

Lelaki yang dianggarkan berusia dalam lingkungan lewat 30-an ke awal 40-an itu dikenali sebagai Rexel dan kelihatan sangat teruja ketika pertama kali masuk ke kedai kasut berkenaan. Dia telah meronda di sekeliling kedai sebelum akhirnya membuat keputusan untuk memilih sepasang kasut berharga RM90…

“Anda boleh nampak dia seorang yang kuat bekerja, seolah-olah pekerjaannya berat,” kata Pineda.

Setelah memilih kasut yang disukainya, Rexel terus mengeluarkan kesemua wang yang telah dikumpulkan dan mula mengira satu persatu. Pada saat itulah Rexel menyedari bahawa dia tidak memiliki wang yang mencukupi dan peristiwa ini telah disaksikan oleh seorang pelanggan wanita bernama Quiat.

Caloy Pineda

Quiat terus menghampiri Rexel dan memulakan perbualan bersama lelaki itu. Rupa-rupanya, Rexel telah bersusah payah menyimpan wang dan berjimat-cermat semata-mata untuk membeli kasut baharu kerana selipar lamanya sudah buruk dan koyak.

Dek kerana rasa tersentuh dan simpati dengan keadaan yang menimpa Rexel, Quiat mengambil keputusan untuk menghulurkan sedikit wang kepada Rexel agar lelaki itu dapat membeli kasut yang diingininya.

Caloy Pineda

Malah, Quiat turut memujuk Rexel agar memilih kasut lain yang betul-betul diidamkannya dan berjanji akan membayar lebihan harga bagi kasut tersebut. Setelah berjaya membeli kasut terbaik yang baharu itu, ekspresi wajah Rexel benar-benar berubah menjadi lebih ceria. Kedua-dua individu ini kemudiannya mengucapkan selamat tinggal di antara satu sama lain…

Quiat sememangnya seorang wanita yang memiliki hati setulus murni. Semoga dunia ini akan melahirkan lebih ramai insan berhati nurani sepertinya!

Era Baru

“>

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds