Seorang wanita bernama Debra Goddard telah menyimpan sebentuk cincin berlian yang dibelinya dalam satu jualan murah dengan harga £10 (RM52.00) sejak 33 tahun lalu.

Debra tidak pernah menyangka cincin ‘berlian biasa’ itu sebenarnya amat bernilai tinggi sehingga mencecah harga £740,000 (RM3.9 juta).

Debra yang kini berusia 55 tahun membeli cincin berlian itu dalam satu jualan but kereta ketika dia berusia 22 tahun. Semasa itu, Debra siap tawar-menawar dengan harga cincin berlian itu sehingga diberikan harga belian £10 (RM52.00). Ibu ini tidak pernah menyelidik harga sebenarnya sehingga 33 tahun kemudian.

Jon Bond/The Sun

Selepas ibu Debra telah ditipu oleh seorang individu tidak bertanggungjawab, keluarganya kehilangan sejumlah wang yang banyak. Debra cuba membantu meringankan beban kewangan ibunya dengan membawa cincin berlian miliknya itu kepada pakar batu permata. Debra hanya berharap harga cincin berlian itu mungkin sudah meningkat nilainya kepada ratusan pound .

Apa yang tidak diketahuinya, cincin itu sebenarnya mengandungi batu permata 25.27 karat dan nilainya dianggarkan oleh pakar bidaan dan lelong Sotheby’s dengan harga memegunkan iaitu £740,000 (RM3.9 juta).

Selepas menjual cincin berlian tersebut dalam satu acara lelongan, Debra yang merupakan seorang pekerja sosial dan ibu yang suka mengambil anak angkat telah mendapat keuntungan yang berbaloi selepas membayar kos lelongan iaitu lebih £470,000 (RM2.5 juta).

Menurut Debra, “Rasanya seperti satu karma apabila pelbagai perkara buruk telah berlaku dalam kehidupan kami seperti ibu saya yang telah ditipu dan dirompak serta lain-lainnya. Dan hikmah dengan dugaan ini seperti berkata tahun hadapan, kami akan menjadi jutawan.”

Jon Bond/The Sun

Debra Goddard telah menggunakan wang menjual cincin berlian tersebut dengan membantu ibunya, June yang berusia 72 tahun serta membawa bersamanya pergi bercuti.

Debra juga mendedahkan, “Saya juga telah bercuti di Barbados, menyaksikan konsert Tom Jones, dan pergi melihat persembahan Celine Dion di Las Vegas, serta membeli kot mahal. Wang itu bukanlah begitu penting buat saya.”

Sumber: Heart UK

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular