Robiah Jantan, 56 seorang ibu beranak empat yang berusia antara 15 hingga 18 tahun tabah menanggung segala derita selepas ditinggalkan suami tanpa khabar berita sejak tiga tahun yang lalu.

Walaupun perit melalui ujian tersebut, Robiah cekal mengharungi kehidupan demi anak-anaknya. “Saya tidak pernah menyalahkan takdir atas apa yang telah berlaku kerana ada anak yang memerlukan kasih sayang.” kata Robiah.

Robiah bangkit daripada pengalaman pahit itu dan terus bersemangat untuk mencari rezeki bagi memastikan anak-anak tidak kelaparan biarpun ada masanya mereka terpaksa mengikat perut.

Walaupun Robiah ada menerima bantuan bulanan sebanyak RM320 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Malah keluarga itu juga pernah berlapar sehingga tiga hari kerana tiada wang.

Menurut Robiah, bagi menghilangkan kerunsingan fikiran akibat terlalu memikirkan tentang kesempitan hidupnya, dia membina replika rumah yang diperbuat daripada kayu dan zink terbuang.

myMetro

Katanya, “saya membuat rumah mini bukan hanya untuk mengisi masa lapang, tetapi untuk menenangkan fikiran kerana bimbang jika perkara tidak diingini berlaku sekiranya terlalu berfikir.”

Biarpun pada awalnya replika rumah tersebut dibina bukan untuk dijual namun dia rela melepaskannya kepada mereka yang berminat demi menampung perbelanjaan harian. Menurut Robiah lagi, empat buah replika rumah telah siap dibina sepenuhnya termasuklah dicat dan diletakkan perhiasan.

Sumber: MY METRO

Maybe you're interested :

Share

Video Popular