Dadih merupakan sajian pencuci mulut yang sangat enak dimakan ketika sejuk. Teksturnya yang lembut dan cair di mulut ditambah pula dengan perisa susu yang lemak berkrim, dadih pastinya akan menjadi santapan menyelerakan bukan sahaja buat golongan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.
Kebiasaannya kita boleh mendapatkan dadih di pasar malam. Namun, harga secawan kecil dadih agak mahal sehingga mencecah RM2.
Tapi jangan risau lagi kerana kali ini, dengan perkongsian resipi dan cara mudah untuk menghasilkan dadih susu oleh Puan Niswah Hasina ini, anda bukan sahaja boleh membuatkan dalam kuantiti yang banyak tetapi juga boleh disimpan di dalam peti sejuk buat masa yang lama.
Menerusi perkongsian ini, dengan hanya RM8 sahaja, anda boleh mendapatkan sekitar 15 cawan dadih. Apa yang lebih penting adalah, resipi ini dijamin sedap dan membuatkan anda mahu mencuba berulang kali.
Bahan-bahan
- 1 liter susu kotak
- 20 g agar-agar tali. Gunakan 1/3 sahaja
- Gula (mengikut tahap kemanisan yang anda mahu)
- Secubit garam
- 1 liter air yang telah dimasak
Cara membuatnya
- Pertama sekali apa yang anda perlu lakukan adalah ambil 1/3 daripada sepaket agar-agar tali dan masakkan bersama 1 liter air sehingga ia melarut
- Setelah agar-agar larut, masukkan pula susu kotak. Tambah dengan gula dan garam secukup rasa
- Bagi menghasilkan tekstur yang cantik, panaskan campuran dadih tadi sekadar sehingga naik wap panas sahaja. Tidak perlu tunggu sehingga dadih mendidih
- Sejukkan dan tapis campuran dadih sebelum dimasukkan ke dalam cawan atau bekas
- Simpan di dalam peti sejuk
Anda juga boleh mengubah resipi ini dengan menggantikan susu berperisa coklat mahupun strawberi atau Milo. Selamat mencuba!
Sumber: Puan Niswah Hasina | Facebook
Maybe you're interested :
- Pelajar di sekolah Mexico ini sangat menggemari ‘kelas ketenangan’ mingguan
- Kamera merakam saat kucing menenangkan anjing dalam keadaan gelisah ketika tiada sesiapa di rumah
- Lelaki ini habiskan masa selama 17 tahun untuk menghasilkan kereta mewah idamannya sendiri. Hasilnya memang mirip kereta sebenar!