Jika anda bertarung dengan kecelaruan keresahan (anxiety) maka anda akan tahu betapa sukarnya untuk mengatasi masalah itu.

Hari-hari normal anda boleh berubah menjadi hari yang sukar apabila sesuatu perkara mencetuskan kebimbangan anda, yang seterusnya membuat anda berasa sedih dan panik.

Jadi, untuk mempunyai seseorang yang berdekatan yang tahu bagaimana caranya untuk menenangkan anda sememangnya benar-benar membantu.

ginger_cat_and_vizslas/Instagram

Joule, si anjing yang mempunyai kecelaruan keresahan telah dijaga oleh Brenna Eckert sejak empat tahun yang lalu. Joule tidak suka ditinggalkan bersendirian.

“Joule selalu berasa cemas ketika kami mula mejaganya. Kami bekerja sama dengan penganalisis tingkah laku anjing untuk mengatasi beberapa masalah Joule,” kata Eckert.

Eckert merujuk Joule sebagai ‘anjing velcro’. Apabila mereka berada di rumah, Joule perlu berdekatan dengan mereka.

ginger_cat_and_vizslas/Instagram

Tetapi Joule bukanlah satu-satunya haiwan yang dijaga oleh keluarga Eckert. Tidak lama selepas mereka membawa Joule ke dalam keluarga mereka, mereka juga membawa pulang seekor anak kucing berwarna oren yang bernama Kelvin.

Dari saat pasangan ini bertemu, mereka sudah serasi bersama.

ginger_cat_and_vizslas/Instagram

Walaupun Eckert tidak pernah meramalkan hubungan rapat yang akan berlaku kepada kedua-dua haiwan peliharaannya itu, namun Eckert ternyata terpesona apabila menemui buktinya.

Eckert memutuskan untuk memasang kamera keselamatan di sekitar rumahnya untuk memastikan semuanya selamat ketika dia sedang bekerja. Namun, apabila menonton rakaman itu, dia berasa tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

 

View this post on Instagram

 

Mondays are for snuggles. #gingercat #vizsla #catsofinstagram #dogsofinstagram #cat #dog #vizslagram #catdog #catdoglove #snuggles

A post shared by Ginger cat & vizsla mutts (@ginger_cat_and_vizslas) on

ginger_cat_and_vizslas/Instagram

Menerusi rakaman itu, Joule dilihat mempamerkan gejala resah akibat perpisahan dan Kelvin datang dan cuba untuk menenangkannya. Tetapi detik itu bukan sekadar untuk seketika. Kelvin menghiburkan Joule sepanjang masa Eckert sedang bekerja.

Video comel kucing yang menghiburkan anjing yang sedang resah itu ternyata telah mendapat perhatian netizen.

ginger_cat_and_vizslas/Instagram

“Kami perhatikan bahawa Kelvin dan Joule sering bersantai di sofa hampir setiap hari. Saya letakkan kamera untuk melihat pandangan yang lebih dekat di sofa itu dan kagum melihat bahawa mereka bukan sahaja berkongsi sofa, tetapi mereka juga saling berpelukan,” kata Eckert.

Eckert gembira kerana dia tahu bahawa anjing peliharaannya sentiasa dijaga ketika dia tiada disampingnya. Memang sukar untuk meninggalkan haiwan kesayangan di rumah apabila anda perlu bekerja, tetapi untuk mengetahui bahawa Joule mempunyai teman semasa dia tiada di rumah pastinya membuat segala-galanya lebih baik.

ginger_cat_and_vizslas/Instagram

Tetapi, Joule mempunyai cara yang lucu untuk menunjukkan penghargaannya kepada Kelvin. Setiap kali Eckert pulang ke rumah, Joule akan mengabaikan kucing itu dan hanya ingin bersama dengan pemiliknya. Mereka hanya menjadi akrab ketika tidak ada orang lain di rumah itu.

Comel sungguh persahabatan ini!

Sumber: Happiest.netginger_cat_and_vizslas/Instagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular