Kita semua pernah mengimpikan untuk memiliki kereta mewah, setidak-tidaknya sekali dalam kehidupan. Tetapi, tidak semua orang berkemampuan untuk mencapai impian ini.

Kereta-kereta berjenama mewah seperti Porshe, Ferrari, Audi atau Lamborghini menelan modal ratusan ribu malahan jutaan ringgit untuk dimiliki. Tetapi, benarkah kita perlu bertemu dengan pengedar kenderaan demi memiliki kereta mewah?

Did You Know?/YouTube

Semestinya tidak! Seorang lelaki bernama Ken Imhoff telah membuktikan bahawa dia boleh menghasilkan kereta mewahnya sendiri tanpa perlu bersusah payah mengumpul wang untuk mencapai impiannya.

Did You Know?/YouTube

Ken mula jatuh cinta pandang pertama pada sebuah model kereta mewah Lamborghini yang dilihatnya dalam sebuah filem pada 17 tahun yang lalu. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan ringkas, Ken mula menghasilkan kereta idamannya.

Did You Know?/YouTube

Did You Know?/YouTube

Did You Know?/YouTube

Ken begitu mencintai kereta keluaran Lamborghini. Seperti mana-mana pencinta kereta yang lain, impiannya adalah untuk memiliki sebuah kereta keluaran Lambo. Impiannya itu telah mendorongnya untuk bekerja lebih keras untuk menghasilkan keretanya sendiri. Sesuatu yang sangat unik dan luar biasa untuk difikirkan!

Did You Know?/YouTube

Did You Know?/YouTube

Ken mula jatuh cinta kepada kereta Lamborghini Countach yang muncul dalam filem Cannonball Run, jadi dia berjanji untuk mendapatkan kereta itu. Tetapi pada ketika itu, dia tidak berkemampuan untuk membelinya jadi dia memutuskan untuk menghasilkannya.

Did You Know?/YouTube

Did You Know?/YouTube

Did You Know?/YouTube

Did You Know?/YouTube

Walaupun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan, namun Ken berusaha untuk menghasilkan kereta idamannya. Ken merancang semuanya dengan lengkap, daripada jenis kayu yang akan digunakan sehinggalah proses pembinaan. Jumlah masa dan tenaga yang disumbangkan untuk menghasilkan kereta ini tidak tergambar dengan perkataan.

Did You Know?/YouTube

Did You Know?/YouTube

Ken memastikan semua bahagian yang menggambarkan kereta Lambo yang asli dihasilkan dengan sempurna, mungkin kerana itulah projek ini memakan masa selama 17 tahun untuk disiapkan.

Did You Know?/YouTube

Did You Know?/YouTube

Did You Know?/YouTube

Setelah hampir dua dekad menghasilkan kereta idamannya, kini Ken sudah boleh menikmati hasil usahanya dengan memandu kereta idamannya di jalanan. Rupanya memang kelihatan mirip kereta sebenar!

Tonton video penuh proses Ken menghasilkan kereta idamannya ini:

Did You Know?/YouTube

Sumber: Elite ReadersDid You Know?/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds