Mencari rumah untuk disewa merupakan salah satu perkara yang memerlukan penelitian sebaik mungkin. Kita bukan sahaja perlu mengambil kira kos yang perlu ditanggung untuk membayar sewa bulanan tetapi keadaan persekitaran rumah juga akan menentukan sama ada kita akan berasa selesa dan gembira menetap di situ ataupun tidak…

Jika anda menemui sebuah rumah dua tingkat yang disewa pada harga kira-kira RM4,000 sebulan seperti ini, anda mungkin akan terus menolaknya secara mentah-mentah. Masakan tidak, sudahlah harga sewaannya tinggi, keadaan di dalam rumah juga kelihatan seperti tidak selesa dengan beberapa kemudahan yang tidak berfungsi dengan baik..

Sekali pandang, kita akan merasakan seperti berada di dalam rumah lama yang tidak berpenghuni. Dalam erti kata lain, seperti rumah berhantu!!!!

Itu mungkin gambaran pada mata kasar kebanyakan daripada kita tetapi tidak bagi wanita ini.

Sebaik sahaja melihat rumah tersebut, dia terus merasakan potensi yang anda lantas memutuskan untuk melakukan transformasi hebat…

Rumah dua tingkat ini dikhabarkan terletak di Kampung Fangcun, Guangzhou. Lihatlah keadaannya yang serba daif, memang menyeramkan!

Jika dilihat pada tandasnya pula, memang tidak sempurna. Mungkin ramai yang boleh membayangkan perasaan masing-masing apabila menggunakan tandas ini seorang diri… Tak mahu!

Ini pula keadaan di ruang dapur. Sekali pandang, anda mungkin merasakan ia adalah tandas yang sama…

Tangganya juga tidak selamat untuk digunakan. Sangat berbahaya terutamanya buat kanak-kanak.

Gambar di bawah pula menunjukkan keadaan di bahagian bumbung rumah. Hmmmm…

Keputusan wanita ini untuk tetap menyewa rumah berkenaan dan melakukan pengubahsuaian membuatkan ramai yang memperlekehkan kebolehannya. Namun, ini jawab wanita itu.

“Hidup ini lebih daripada apa yang kita lihat dengan mata. Hari saya mendapat kunci daripada tuan rumah merupakan hari yang paling membahagiakan. Saya berasa sangat teruja dan tidak boleh melelapkan mata selama beberapa malam”.

Setelah itu, dia kemudiannya meneruskan misi untuk mengubah rupa buruk rumah tersebut dengan mengecat dinding.

Setelah kesemua dinding dicat, anda sudah boleh melihat aura perubahannya mula menunjukkan hasil positif!

Langkah seterusnya adalah dengan menggantikan jubin lama dan meletakkan lantai kayu serta karpet bagi meningkatkan lagi suasana ‘Rumahku, Syurgaku’.

Bingkai katil baru turut dibeli di mana ianya boleh dipasang sendiri dengan begitu mudah.

Kelengkapan di bilik ditambahkan lagi dengan perhiasan lampu siling yang memukau serta almari dengan tona warna putih untuk memberikan suasana elegan dan klasik.

Seterusnya, perhiasan rumah pula diperhebatkan lagi dengan hiasan dinding, gambar lukisan serta bunga-bungaan yang berwarna-warni untuk membangkitkan keceriaan di dalam rumah.

Lihatlah hasilnya… Sungguh berbeza bukan? Tidakkah ia kelihatan seperti sebuah ruang yang eksklusif?

Tidak cukup sekadar menghias bahagian dalam rumah, bahagian luaran juga perlu dititik beratkan! Wanita ini telah mengubah suasana di bahagian atas menjadi ruang tamu luar yang sungguh memberi keselesaan.

Malah, tidak perlu risau dengan masalah cuaca kerana kesemua perabot ini adalah kalis air!

Ini adalah beberapa lagi perhiasan lain yang membuktikan kepada anda bahawa orang biasa juga mampu mendekorasi rumah seperti seorang pakar. Apa yang diperlukan hanyalah visi dan sikap positif!

Dengan ini, anda juga boleh mendiami rumah murah tetapi kelihatan seperti berkualiti tinggi seperti wanita ini.

Sumber: Toutiao, PageCup

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular