Video persembahan Sufian Suhaimi mendendangkan lagu ‘Di Matamu’ di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 pada Ahad lalu mendapat sambutan yang hangat apabila berjaya mencecah 1 juta tontonan dalam masa kurang 16 jam selepas dimuat naik di YouTube TV3MALAYSIA Official.

Instagram @sufiansuhaimi

Waktu penulisan, video tersebut telah pun mencecah 2.7 juta tontonan. Menerusi persembahan tersebut, Sufian Suhaimi berjaya merangkul anugerah Persembahan Terbaik AJL 33, mengalahkan 12 finalis lain yang bertanding.

Twitter #AJL33

Siapa sangka malam itu Sufian tampil dengan kejutan apabila berjaya membuatkan para penonton mengalirkan air mata saat menyanyikan lagu Di Matamu dengan penuh penghayatan lahir dari hati yang tulus dan menusuk hati.

Malah, Wany Hasrita dan Ernie Zakri turut menitiskan air mata ketika melihat persembahan Sufian membawakan lagu Di Matamu.

NSTP

Menurut Wany, dia dapat merasai kekecewaan dan juga kemarahan yang ingin disampaikan oleh Sufian menerusi lagu tersebut.

Malah sebagai penonton yang telah menyaksikan secara langsung, baginya Sufian sudah memberikan yang terbaik dan turut layak untuk memenangi persembahan terbaik.

Persembahan tersebut juga dilengkapi dengan prop pelamin serba putih yang dikatakan mempunyai cerita disebaliknya. Ramai yang tahu bahawa lagu tersebut mempunyai kaitan dengan kisah cinta Sufian yang lalu.

TV3MALAYSIA Official| YouTube

Tonton video persembahan tersebut di bawah:

TV3MALAYSIA Official| YouTube

Bukan itu sahaja, sebelum ini klip video ‘Di Matamu’ juga berjaya memecah rekod sebagai klip video paling banyak tontonan bagi artis Malaysia apabila berjaya meraih 50 juta tontonan pada dua minggu lepas.

Sumber: Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular