Hidup berjiran amat penting dalam kehidupan seharian kita. Jiran adalah semua orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya ataupun berlainan bangsa.

Terdapat banyak kesan-kesan positif yang boleh kita ikuti daripada hidup berjiran ini.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak melepaskan peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan mereka yang berlainan agama.

Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Beberapa keping gambar dimuat naik oleh beliau ketika menyampaikan kek kepada kepada jiran-jiran berbangsa Cina sempena Tahun Baru Cina di akaun media sosialnya mendapat perhatian netizen.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri / Twitter

Menerusi perkongsiannya, beliau berkata, hidup beragama sebenarnya indah dan mudah jika kita memahami kehendak agama dan juga batasannya.

Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Tambah mufti itu, beliau meraikan jiran-jirannya yang berbangsa Cina dengan memberikan kek sempena perayaan tersebut.

Biarpun pemberian itu dianggap kecil, Zulkifli berharap hadiah tersebut dapat menyumbang kepada keharmonian rakyat Malaysia berbilang bangsa.

Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Tindakannya itu disambut baik oleh netizen yang rata-ratanya kagum dengan contoh yang ditunjukkan oleh mufti berkenaan.

Sumber: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular