Kucing dan anjing sememangnya merupakan musuh seteru sejak sekian lama. kebanyakan anjing dan kucing tidak boleh membentuk perhubungan yang baik buat jangka masa yang lama.

Pasti akan ada sahaja perkara yang mencetuskan pergaduhan di antara kedua-dua spesies haiwan kesayangan manusia ini.

Tetapi jika dilihat dari segi saiz, pasti kita akan beranggapan anjing akan selalu memenangi sesuatu pertelingkahan yang melibatkan kucing. Hal ini kerana anjing lebih besar dan memiliki bunyi salakan yang kuat.

Namun berbeza pula kesnya antara seekor anjing Husky dan ‘rakan serumahnya’, seekor kucing gebu.

Meskipun bersaiz dua kali ganda lebih besar, Husky dilihat sangat takut pada kucing comel itu. Memandangkan si kucing mempunyai perangai ‘bengis’ dan garang, tiada siapa termasuk si anjing dapat melawan kata-kata si kucing itu…

Dalam satu kejadian yang berlaku pada satu malam, anjing Husky dikatakan telah masuk ke dalam besen berisi air untuk berseronok. Namun begitu, waktu keseronokan itu cumalah sementara sahaja apabila si kucing gebu yang tidak senang hati melihat tindakan Husky itu bingkas berlari dan memberikan ‘amaran’ buat anjing itu.

“Siapa suruh main air malam-malam ini? Berhenti!,” mungkin ini yang dimaksudkan oleh si kucing seandainya kucing itu boleh berbicara.

Sebaik sahaja menerima teguran sebegitu rupa, anjing Husky dengan serta-merta terus menyembunyikan wajahnya di sebalik balang sambil diperhatikan oleh si comel yang masih merenung dan langsung tidak berganjak dari situ.

Jika dilihat secara teliti dan mengaplikasikan situasi ini dalam kehidupan manusia, insiden yang berlaku di antara anjing dan kucing ini jelas kelihatan seperti seorang isteri garang yang sedang memarahi suaminya…

Kecil-kecil cili padi!

Anjing yang langsung tidak melawan mahupun menunjukkan tanda protes membuatkan kucing akhirnya berlalu pergi dari situ. Gelagat yang sungguh menghiburkan! Garang sungguh si comel ini ya?

Happy Meow | Facebook

Sumber: Happy ShareHappy Meow | Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular